About Me Order Site Map Movie

Thursday 22 January 2015

Viral : Polis Paksa Zamani Nyanyi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk mengupdate blog ! Jom baca entry yang seterusnya !

Viral: Polis Paksa Zamani Nyanyi | Heboh dilaman sosial tentang video yang menunjukkan rakaman Zamani dibuli, dipaksa menyanyi lagu Gerimis Mengundang dengan tangan bergari.
Pasti peminat hiburan tempatan sudah sedia maklum Zamani, vokalis kumpulan Slam yang pernah popular dengan lagu Gerimis Mengundang telah ditahan atas tuduhan memiliki dan menyalahgunakan dadah. Malah Zamani turut mengakui terbabit dengan dadah sejak sepuluh tahun lalu.
Viral: Polis Paksa Zamani Nyanyi
Rakaman video tersebut telah mendapat bantahan orang ramai. Masing-masing menganggap isu ini memang melampau. Mereka mahukan pegawai polis yang merakam dan menyebarkan video itu dikenakan tindakan kerana telah mengaib dan memperkecilkan Zamani.
Viral: Polis Paksa Zamani Nyanyi
Pada pandangan shahril, perkara sebegini tak sepatutnya berlaku. Ye betul Zamani memang melakukan kesilapan. Tetapi tiada manusia yang sempurnakan. Sebagai salah seorang peminat Zamani, shahril pun rasa terkilan bila perkara sebegini terjadi.
Sepatutnya pihak berkuasa tidak boleh membuli mana-mana tahanan, tak kiralah tahanan itu selebriti popular mahupun orang biasa. Tiada siapa yang suka diaibkan dan diperlekehkan begitu.
shahril yakin Zamani masih mempunyai ramai peminat di luar sana. Mungkin pegawai polis yang merakam dan menyebarkan video memaksa Zamani menyanyi itu pun tidak menjangka reaksi yang sebegini. Tetapi bila satu video tersebar di laman sosial..segalanya mungkin kan.
p/s shahril tak kongsikan video itu kat sini…tidak mahu mengaibkan



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

  1. ish.. macam2 perangai la kt Malaysia ni. org tu dh buat salah tp jgnlah nk aibkn smpai mcm tu sekali.. sekali kita buka aib orang, 10x allah bka aib kita nant. sabar jerlah

    zinziemeewah

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril