Cerita Sebenar Di Sebalik Surat Cinta Bapa Dan Cikgu Aishah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Kini tersebar di media sosial terutamanya di Facebook tentang surat cinta bapa kepada guru anaknya berserta gambar seorang wanita cantik.
Surat nakal tersebut dan digandingkan dengan wanita jelita tentunya menjadi viral.
Sebelum ini hanya surat tersebut sahaja, yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja tersebar di aplikasi Whatsapp.
Jadilah ada seseorang yang terlebih kreatif menggandingkan dengan seorang wanita yang sememangnya ‘wujud’ dan aktif di laman Twitter dan Instagram.
Cuma digandingkan bersama, mungkin untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Ini kerana surat itu tak ditujukan kepadanya.
Wanita tersebut, Puteri Aishah binti Sulaiman, 21 tahun sememang seorang guru, guru sementara di salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dia ditugaskan mengajar subjek BI sehingga Mei 2015.
Berikut reaksi Puteri Aishah apabila ditanya tentang perkara tersebut.
Puteri Aishah juga banyak berkongsi tentang aktiviti lakonan dan peragaan bersama pengikutnya dan telah tersenarai sebagai salah seorang calon untuk pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.
Kini Puteri dah makin popular, rasanya makin banyak undi yang akan diperolehinya.
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
Mmg jadi viral sekarang ni..lepas ni rasanya aisyah boleh menang sbb dah glamer ;)
ReplyDeleteJemput join Segmen Bloglist Mac-April CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html
yup . btol tu cikgu . kalau dah famous mestilah menang ..
DeleteHuhuhuhu macam2 hal ...........Rajin no orang Malaysia ni kan?? Macam2 benda diaorg duk viralkan huhuhu
ReplyDeleteyup btol tu kak Lya ..
Deletemcm2 la kt Malaysia ni... adoiiii
ReplyDeletezinziemeewah