About Me Order Site Map Movie

Wednesday, 14 January 2015

Aaron Aziz Bergegas Ke Hospital Kerana Derita Sakit Leher


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . lagi2 berita tentang artis . jom baca !


Sebaik saja selesai tayangan perdana Suamiku Encik Perfect 10! Di pawagam GSC Pavilion malam semalam, aktor popular Aaron Aziz telah bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 12 tengah malam. 
Kenapa agaknya?


Malah beberapa foto dan video kunjungan mengejut Aaron Aziz ke hospital berkenaan telah dikongsi oleh isteri tercinta, Diyana Halik di akaun Instagramnya yang turut sama menemani pelakon pujaan ramai itu malam semalam.


Daripada kapsyen yang ditulis Diyana Halik, kelihatan sungguh kesengsaraan yang dialami oleh Aaron Aziz yang  hanya mampu terbaring di atas katil hospital sementara menunggu dirawat oleh doktor bertugas.




“Bukannya apa, Aaron ke sana hanya untuk mendapatkan suntikan penahan sakit kerana tak tahan dengan sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari.


“Sudah lama sebenarnya Aaron terasa sakit di lehernya itu kerana ia merupakan kesan daripada kemalangan yang pernah dialaminya sebelum penggambaran Fear Factor tak lama dulu.


“Cuma semalam dia tak dapat menahan kesakitan lagi. Jadi akhirnya saya membawanya berjumpa doktor di Prince Court yang kebetulan  dia baru saja selesai tayangan perdana di Pavilion,” katanya 

berkongsi cerita.





Menurut Diyana Halik, suaminya memang selalu diserang sakit leher kesan daripada kemalangan berkenaan dan semalam nampaknya Aaron Aziz tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat.
Bagaimanapun kata wanita yang juga merangkap pengurus aktor berkenaan, selepas mendapatkan suntikan penahan sakit, kesakitan yang dialami Aaron Aziz sedikit surut, tetapi dia perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat ini.


“Entahlah, sejak kemalamgan berkenaan, Aaron Aziz memang selalu mengalami sakit-sakit di lehernya dan sepatutnya dia perlu menjalani rawatan terapi. 
“Kita lihat sajalah apa kata doktor pada Jumaat nanti,” katanya ringkas yang turut memberi tahu yang suaminya bakal sibuk dengan penggambaran sebuah filem bermula Februari ini.






SUMBER: INTERNET

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril