FAZURA : Saya Tak Tujukan Kepada Zizan Razak Seorang
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Awal minggu ini kecoh dunia hiburan apabila satu kemaskini Twitter oleh Nur Fazura dikatakan luahan perasaan selebriti itu terhadap >Zizan Razak selepas pelawak itu seakan ‘biadap’ mencelah ketika beliau memberikan komen di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
Zizan Razak sendiri juga melalui laman sosial telah memohon maaf kepada semua yang terguris dengan kata kata beliau ketika berada di atas pentas juga dalam temubual terbaru, Nur Fazura sendiri mengakui ketidakwajaran pelawak itu mencelah kata katanya.
“Saya tak tujukan kepada #Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen,” ujar Fazura kepada Mangga Online hari ini.
“Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri”
“Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,” tambah bintang Facing Up to Fazura ini lagi.
Beliau juga berkata yang status kontroversi tersebut bukan sahaja untuk mereka yang terlibat namun untuk dirinya sendiri juga kerana sepopular mana pun seseorang itu, beliau masih seorang manusia biasa yang perlu belajar dari kesilapan.
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
owh pasal zizan mencelah tu ke..hahah... xtau cite pasal ape pon.. tau2 hal nie kuar..huhu
ReplyDelete