About Me Order Site Map Movie

Monday 12 January 2015

PUTERI BALQIS ENGGAN KE SEKOLAH KERANA DI BULI


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . ni shahril copy dari blog isu2 semasa. berita tentang artis lagi ..

Jom baca !


Aqish, Puteri Balqis


PETALING JAYA - Pelakon cilik Puteri Balqis tidak pernah terbuka hati untuk belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain berikutan mempunyai pengalaman dibuli rakan.
Balqis atau nama sebenranya, Puteri Balqis Azizi, 8, berkata, dia lebih selesa untuk belajar bersendirian di rumah kerana beranggapan ia lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru persendiriannya.
“Aqish (nama manjanya) lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar,” ujar kepada mStar Online.
Menurut Puteri Balqis, dia sudah mula belajar secara persendirian dari rumah sejak berusia tiga tahun lagi dan pengalaman dibuli yang itu dilalunya semasa di perigkat Tadika.
Dalam pada itu, walaupun kurang mempunyai rakan-rakan seusianya, Puteri Balqis menjelaskan kehidupannya tidak pernah berasa sunyi. Katanya, jadual kerja sebagai pelakon membataskan dia untuk bergaul dan bermain seperti kanak-kanak lain.
“Aqish memang tidak ada kawan-kawan rapat tapi Aqish ada kawan-kawan sekeliling. Kalau Aqish pergi ikut ayah dan ibu berniaga Aqish ada kawan di sana.
“Aqish tidak pernah rasa sunyi kerana Aqish seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya.
Sementara itu ditanya tentang perasaanya ketika berhadapan dengan berita-berita negatif sepanjang bergelar artis, Puteri Balqis memberitahu dia kini banyak belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Dia juga akan membaca dan mengetahui berita tersebut terlebih dahulu sebelum ibu bapanya.
“Dulu awal-awal kalau baca berita negatif Aqish akan cepat emosi dan menangis. Tetapi sekarang bila baca Aqish akan tanya pada ibu tentang kesahihanya.
“Tetapi kalau tentang perkara itu melibatkan ibu-bapa, Aqish tidak boleh terima dan akan menangis,” katanya.

SUMBER

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril