About Me Order Site Map Movie

Monday 26 January 2015

Kekasih Baru Hazama Genervie Kam Kini Dalami Ilmu Agama


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog .. Jom baca entry seterusnya !

Umum sudah mengetahui yang pelantun lagu Malaikat, Hazama kini rapat dengan pemuzik wanita berbangsa Cina semenjak dua tahun lalu. Hubungan mereka pada mulanya hanya sekadar kawan kini lahir bibit cinta selepas kerap menjayakan acara pentas bersama-sama. 

Gadis tersebut ialah Genervie Kam jauh lebih berusia daripada Hazama tetapi bagi diri Hazama dirinya cukup selesa menyesuaikan diri dengan wanita itu.

Walaupun berbeza agama Hazama dengan hati terbuka menyatakan kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Genervie Kam. Namun segalanya diserahkan kepada Allah untuk permudahkan perkara baik. 

“Untuk cakap soal kahwin ini, saya sudah lama bersedia dan akan lebih membuat persiapan bila dia sudah terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Sebab soal hati ini adalah kerja Allah, saya hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan dengan baik,” 





Hazama juga tidak juga memaksa buah hatinya untuk memeluk agama Islam biarpun keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan cinta tersebut. Tetapi apa yang menggembirakan Genervie Kam telah separuh jiwa selesa untuk terima agama Islam namun masih ada beberapa perkara yang buatkan dia terfikir untuk jangka masa lama nanti. 

“Saya tidak mahu memaksa dia tentang bab-bab agama kerana saya menghormati agama dia begitu juga dia. Kami pernah juga membincangkan perkara ini dan saya akan jawab serta beri panduan mana soalan yang saya mampu jawab sahaja. Selebihnya lebih elok dirujuk dengan ustaz. 






Apa yang membuatkan Hazama jatuh hati dengan Genervie Kam ialah sifat memahami dan seringkali memberikan kata-kata semangat selain sentiasa melengkapi diri masing-masing. Jelas Hazama juga dia tetap berdoa dan berharap suatu hari nanti Genervie Kam menerima agama islam dengan terbuka. 

“Mana ada kelemahan saya, dia akan betulkan begitu juga dengan saya. Kami saling menghargai antara satu sama lain. Kalau Tuhan buka pintu hati dia, maknanya dia memang untuk saya,” Kalau ada jodoh tak kemana, asalkan dua hati saling cinta. Fuh! semoga jodoh berpanjangan. 


SUMBER : KAMI THE MEDIA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

3 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril