About Me Order Site Map Movie

Thursday 22 January 2015

RM5 Untuk Seks Oral


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog. jom baca entry yang seterusnya !




Sungai Petani – Taktik beberapa anggota polis menyamar sebagai pelanggan cuba mendapatkan perkhidmatan seks selepas mengurut, membongkar kegiatan tidak bermoral tiga buah pusat refleksologi di lokasi berasingan, di sini, yang menggunakan khidmat wanita warga asing, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang, wanita Thailand berpakaian seksi itu dikatakan mengenakan bayaran RM30 untuk urutan selama sejam dan tambahan  RM5 hingga RM20 untuk seks oral manakala bayaran RM100 untuk melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, kegiatan licik wanita asing berkenaan berjaya dikesan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang menyerbu tiga premis yang terletak di kawasan perumahan Taman Mutiara Indah Taman Berangan dan Taman Sejati Indah, di sini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah, Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan S Saravanan berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan tidak bermoral di premis terbabit.

Katanya, dalam serbuan pertama di Taman Mutiara Indah, polis menahan enam wanita warga Thailand berusia 30-an sebelum menahan lima lagi wanita dalam serbuan di dua premis di Taman Berangan dan Taman Sejati Indah.

“Selain menawarkan khidmat mengurut kepada pelanggan, semua wanita berusia 35 hingga 42 tahun terbabit dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran di premis berkenaan di samping turut melanggar syarat pas lawatan masuk ke malaysia.

“S emua wanita warga asing itu ditahan dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk proses dokumentasi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan dan Sekyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1997 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Katanya, serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa terhadap premis yang didapati menjalankan kegiatan urut tanpa lesen selain menggunakan khidmat warga asing sekali gus berusaha membanteras aktiviti maksiat dan tidak bermoral di daerah ini.

“Polis memandang serius perkara ini kerana menerima aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan menggunakan khidmat warga asing,” katanya, lapor Hmetro.




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

2 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril