About Me Order Site Map Movie

Saturday 31 January 2015

Kumpulan Virus Tersingkir Di Separuh Akhir MLM2014


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !



Virus Tersingkir di Separuh Akhir MLM 2014. Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh kumpulan Virus dalam aksi separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 MLM 2014. 

Kumpulan Virus gagal melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Februari depan. 

Pengumuman itu dibuat juri tetap MLM 2014 iaitu Nur Fazura pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater di sini, Jumaat malam.

Populariti kumpulan Virus tidak boleh dijadikan sandaran untuk kekal dalam pertandingan MLM 2014. 

Penyingkiran Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus telah melayakkan lima peserta lain mara ke peringkat akhir.

Lima peserta yang bakal bertanding adalah Sepahtu, Bocey, Zero dan Shiro. Manakala satu-satunya peserta solo iaitu Nabil Ahmad turut melayakkan diri ke peringkat akhir 

Pada peringkat separuh akhir, kesemua peserta perlu melakukan dua persembahan dengan tema ‘props’ dan loghat. Peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir MLM 2014.

Empat juri profesional yang mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Jalaluddin Haasan, Farah Quinn, Taufiq Batisha dan Nur Fazura. 






Sementara itu, Jalaluddin berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

Bagaimanapun katanya, persembahan Virus pada malam itu agak hambar dan bukti populariti tidak boleh dijadikan sandaran untuk menempah tiket ke final. 

“Kesemua yang mara ke pertandingan akhir adalah layak kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik dan jelas dapat dilihat kesungguhan mereka.

“Begitu juga Virus cuma kemunculan mereka hambar dan kali ini bukan rezeki mereka,” katanya. -mstar 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril