About Me Order Site Map Movie

Friday, 16 January 2015

Aaron Aziz: "Jangan Salah Faham Aksi Saya Pegang Coli"


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . jom tngok entry terbaru shahril . pasal artis lagi !


PELAKON terkenal, Aaron Aziz berharap aksinya memegang coli dalam filem Suamiku Encik Perfect 10, tidak menimbulkan spekulasi atau disalah tafsir. 

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Aaron berkata, apa yang dilakukan hanyalah sekadar mengikuti tuntutan skrip. 

"Tindakan saya itu sekadar memenuhi tuntutan skrip dan plot filem berkenaan. Lagipun itu hanya ‘props’ saja. Saya rasa ia tidaklah teruk dan babak itu pun tidaklah nampak l*cah. 

"Apa yang penting, saya bukan suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita nak sampaikan babak itu yang berkait tentang hal kehamilan dan ada fakta yang mahu disampaikan. 

“Bagi saya sendiri, fakta itu sesuatu yang baru bagi saya sebab walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil tetapi saya pun tidak pernah tahu tentang fakta itu,”katanya ketika ditemui pada sesi prebiu filem berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron menyatakan tidak sukar untuk menghidupkan watak itu kerana karakternya tidak banyak beza dengan watak dalam filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan sebelum ini. 

Malah, Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama Lisa kerana pernah membintangi filem Ombak Rindu. 

“Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Zarief seorang yang periang dan dia akan buat apa yang dia mahukan dan selepas itu baru memikirkan akibatnya. 

“Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu kelainan dan kami tiada masalah mewujudkan keserasian atas faktor masing-masing komited dengan karakter yang dibawa,” katanya. 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril