Jep Sepahtu Dijangkiti Denggi, Shuib Solo di MLM Malam Ini
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..
Alhamdulillah . masih dberi kesempatan untuk mengupdate blog . lagi2 berita artis . MLM 2014 pulak . jom baca !
"Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.
"Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius," demikian kata Jep Sepahtu mengenai kesihatannya sejak seminggu lalu.
Bagi yang masih tertanya-tanya, inilah sebenarnya penyakit Jep yang menyebabkannya tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Dia terpaksa cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya disebabkan demam denggi.
"Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung," ujar Jep.
Untuk info, meskipun suhu badannya sudah kembali normal, namun tahap kecergasannya Jep masih belum pulih sepenuhnya.
Persoalannya sekarang, mungkinkah Jep akan beraksi bersama Shuib malam ini atau Shuib akan tetap solo sekali lagi? Jawapannya hanya terjawab di dalam MLM2014 malam ini! -myartis
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
padanlah dia takde hari tu ye..
ReplyDelete