About Me Order Site Map Movie

Thursday 22 January 2015

Afdlin Shauki Kesal Insiden "PENYANYI BERGARI" Diminta Menyanyi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog .. jom baca entry seterusnya !

SUMBER: KAMI THE MEDIA


PENGARAH dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki melahirkan kekesalan atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merakam dan menyebarkan video vokalis terkenal diminta menyanyi ketika ditahan, baru-baru ini. 

Afdlin menyifatkan tindakan tersebut menjijikkan malah beliau hampa dengan akhlak individu yang membuat rakaman tersebut. 


“Assalammualaikum. Pagi ni saya dapat video seorang penyanyi dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi dalam tahanan. 

"Mula-mula sekali saya nak berkongsi betapa hampanya saya yang akhlak kita di zaman ini sudah merosot ke tahap yg sangat menyedihkan. 

“Saya rasa sangat jijik dengan perangai orang yang mengaibkan beliau dengan merakamkan atau menyuruhnya menyanyi sambil mengambil video,” katanya dalam kemas kini status Facebooknya, hari ini.


Sehubungan itu, Afdlin menggesa agar tindakan dikenakan serta-merta kepada pelaku berkenaan. 

“Saya ada hormat yang paling tinggi untuk pihak polis yang banyak membantu menjaga keamanan negara selama ini. 

“Tapi kalau ada anggota PDRM yang berperangai sampai begini saya minta dia diambil tindakan dan dihentikan serta-merta. 

“Walaupun artis berkenaan telah ditahan, ingat-ingatlah kita ada agama yang menghalang kita daripada melakukan sebegini sesama manusia,” katanya lagi. 





Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman mikro Twitternya pagi tadi memberitahu pihaknya akan menyiasat danmengambil tindakan tegas ke atas individu yang merakam serta memuat naik video tersebut

Video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook. 

Rabu lepas, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi. 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril