About Me Order Site Map Movie

Saturday 14 February 2015

Permohonan UPU 2015-2016 Beli Nombor Unik ID BSN


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Borang Permohonan UPU 2015
Permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2015/ 2016 akan dibuka mulai 19 Januari 2015 bermula jam 12 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4 petang
Permohonan perlu dibuat melalui aplikasi atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar yang diboleh dicapai menerusi pautan http://upu.moe.gov.my


TARIKH BELI NOMBOR PIN UNIK ID UPU SESI 2015/ 2016
Untuk mengemukakan dan mengakses sistem borang permohonan online, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID yang dibuka untuk jualan mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015
Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Terdapat dua pilihan bagi nombor Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu

Kategori A : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA
Kategori B : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
Nota: Harga unik ID bagi setiap kategori adalah berbeza


MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN
Bagi mengikuti sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman akaun Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di pautan https://www.facebook.com/pages/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU/646433295426674



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

7 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril