About Me Order Site Map Movie

Monday, 16 February 2015

Michael Ang Beri Amaran Pada Ayda Jebat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


Pelakon terkenal, Ayda Jebat kini dilihat sudah semakin bulat ketika muncul di rancangan drama baru berjudul Diva.

Michael Ang Beri Amaran Pada Ayda Jebat, info, terkini, hiburan,s sensasi, gosip, ayda jebat, micheal ang

Disebabkan hal itu, dia telah diberi amaran oleh pengarah terkenal, Michael Ang supaya menurunkan berat badannya.

“Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.

“Naik dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.

“Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.

Pengarah ada tegur  perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.

“Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.

“Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan.

“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi  mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet,” katanya.


Sumber : katakcomel.my



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril