About Me Order Site Map Movie

Saturday 7 February 2015

Nabil Umum Bersara Selepas Menang RM150K


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Ramai terkejut dengan pengumuman Nabil yang ingin bersara selepas menang RM150K dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega.Menjadi pelawak di pentas juri memang satu kerja yang stress.. namun sangat berbaloi selepas menang.

Pelawak popular Nabil Ahmad telah membuat pengumuman mengejutkan apabila membuat keputusan bersara dari arena pentas Maharaja Lawak Mega.



Ini komen dari Nabil: (rotikaya.com)

“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” 

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,”

Apapun Nabil sememangnya hebat beraksi secara 'stand-up comedy'. Minggu separuh akhir menunjukkan persembahan hebat dari Nabil terutama tema loghat.

Pastinya peminat setia Nabil akan sedih dengan berita ini dan kelibat Nabil di pentas Maharaja Lawak akan dirindui sebagai satu-satunya peserta solo. Good luck Nabil!




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril