About Me Order Site Map Movie

Sunday 8 February 2015

MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berakhir pada Jumaat lalu menyaksikan Zero muncul juara manakala Sepahtu yang menjadi pilihan ramai hanya berada di tempat kedua. Rasa-rasanya ramai yang mengharapkan Sepahtu yang akan muncul juara kan?
Mungkin rezeki tahun ini memihak kepada kumpulan Zero memandangkan persembahan Zero pada malam final lalu benar-benar berjaya menarik perhatian ramai termasuk para juri. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Zero.
Disebalik kemenangan Zero, ada yang beranggapan kumpulan Sepahtu seolah-olah memberi peluang yang mudah bagi merangkul gelaran juara tersebut. Bagaimanapun, Shuib menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu Sepahtu sudah cuba memberi persembahan yang terbaik pada malam itu.
Mereka turut beranggapan kumpulan Zero sememangnya layak untuk bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014). Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib mengakui persembahan kedua mereka kurang menarik disebabkan kekurangan idea. Hmmm bukan senang kan nak cari idea untuk hiburkan peminat tambah-tambah dah berminggu-minggu memerah otak untuk tidak mengecewakan harapan peminat-peminat yang menantikan lawak daripada kumpulan itu.
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Peserta akhir Maharaja Lawak Mega 2014
“Walau pun kami memang mahu Zero menang tetapi tidak bermakna kami tidak bertarung dalam pertandingan itu.
“Seperti setiap minggu juga kadang kala ada idea dan kadang-kadang tidak. Saya akui ada beberapa minggu yang kami langsung tiada idea untuk dipersembahkan.
“Ada juga rasa sudah putus asa untuk meneruskan pertandingan ini, namun bila fikir balik perasaan penyokong kami yang tidak pernah penat membuatkan kami bersemangat,” ujarnya.
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Jep Shuib dari Kumpulan Sepahtu
Dalam pada itu, Shuib memberitahu isu “Tarik Diri Daripada Sepahtu, Ilya Buang Enggan Jadi Beban” sebenarnya berpunca daripada masalah kesihatan Ilya Buang yang memang teruk. Tidak sampai untuk melihat teman seperjuangan sendiri menderita bertarung dengan penyakitnya, Shuib dan Jep merelakan keputusan ilya untuk menarik diri.
“Dia ada kencing manis yang agak teruk dan ketika itu juga ada bisul sehingga membuatkan dia lemah. Kami tidak sampai hati melihat dia terlalu banyak bergerak dan memburukkan lagi kesihatannya.
“Ada satu minggu itu, dia berlari untuk menyuntik insulin selepas persembahan berakhir. Ia memang membimbangkan kami,” katanya.
Pape pun kami di sini ingin mengucapkan jutaan tahniah serta terima kasih kepada para peserta dan juri yang sama-sama menjayakan Maharaja Lawak Mega 2014. Jumpa lagi di musim yang akan datang! Peace Yaw! Jom intai video lawak berdurasi 15 minit dari kumpulan Zero!
MLM 2014: Sepahtu Nafi Beri Kemenangan Mudah Kepada Zero
Barisan juri pada malam Maharaja Lawak Mega 2014

SUMBER - GOSIP MALAYSIA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

3 comments:

  1. ping artikal blog anda di sini
    http://www.pingmeblog.com/

    ReplyDelete
  2. ping artikal blog anda di sini
    http://www.pingmeblog.com/

    ReplyDelete
  3. Ermmm dah habis program mesti ada isu kan kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril