About Me Order Site Map Movie

Thursday, 26 February 2015

Dato Seri Vida Kongsi Kisah Sedih 2 Anak Terkorban Dalam Kebakaran


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Dato Seri Vida mengimbas semula insiden menyayat hati pada 2013 apabila 2 orang cahaya matanya terkorban dalam kebakaran di rumahnya di Ipoh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang boleh melupakan kisah tragis itu. Selami luahan perasaan dan kisah benar di sebalik tragedi tersebut yang dikongsikan oleh Dato Seri Vida di laman Instagramnya.

Dato Seri Vida Terima Panggilan Mengejutkan

rumah dato vida terbakar-4
Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga:
“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!” “Rumah yang mana?” Tanya saya.
“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley Dato’ meletup.” Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.
“Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!” Maha Besar Allah!

2 Anak & 1 Pekerja Terkorban

rumah dato vida terbakar-5
Rumah teres dua tingkat itu terletak di Taman Meru, saya sediakan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty. Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.
Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.

Bagai Terima Petanda Awal

rumah dato vida terbakar-3
Dan hati saya berseru, inilah rupa-rupanya geruh yang mahu terjadi setelah 36 hari saya menjadi manusia yang tidak keruan, hati merusuh dan asap… ya, asap di Mekah!
Ternyata inilah jawapannya untuk peristiwa kepulan asap bermata yang saya lihat di Mekah. Inilah rupa-rupanya berita sedih yang Tuhan ingin berikan kepada saya.
Kami ucapkan takziah buat Dato Seri Vida atas kehilangan anak tersayang, setiap apa yang berlaku punya hikmahnya tersendiri hanya pencipta sahaja yang tahu.
sumber : http://www.ohbulan.com/



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril