About Me Order Site Map Movie

Saturday, 10 November 2012

Tempat Paling Mulia Di Dunia


بسم الله الرحمن الرحيم

Kerahmatan, kemuliaan, pengampunan dosa dan gandaan pahala merupakan balasan Alllah s.w.t. kepada hamba-hambanya yang telah menyahut seruannya datang mengunjungi Baitullah. Ini juga menggambarkan sifat kesempurnaan Allah s.w.t. iaitu sifat kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang redha dengan Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamanya.
Sebagai muslim, kita harus mengambil tahu tentang tempat-tempat yang indah dan penuh berkat tersebut.
Masjidil Haram di Mekah 

Masjidil Nabawi di Madinah 

Masjidil Aqsa di Palestin 

Dari Abu Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, “Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ke tiga buah masjid, Masjidil Haram di Mekkah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin.” (HR Bukhari)
Dari Abi Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, “Satu solat di masjid ku ini (masjid Nabawi) lebih baik dari seribu solat di tempat lain kecuali Masjidil-Haram”. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah saw. bersabda, “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lain kecuali masjidil Haram dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lain”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah).
p/s : bertuah sesiapa yang mampu menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut kan? ^_^

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril