About Me Order Site Map Movie

Monday, 12 November 2012

Misteri Atlantis – Pembongkaran Di mana Terletaknya Atlantis


بسم الله الرحمن الرحيم

Atlantis..Atau ada jugak yang menyebut Lemuria, satu tamadun kuno yang dikatakan melebihi kehebatan tamadun sekarang. Juga dikatakan tamadun paling awal dalam sejarah kehidupan manusia. Banyak misteri yang berkaitan Atlantis cuba diselidik dan dikaji kerana melibatkan sejarah kehidupan awal di bumi…. Banyak yang masih menjadi tanda tanya, di mana terletaknya Atlantis. Bangsa mana yang memerintah Atlantis… Siapakah Raja Atlantis.

Atlantis wujud pada zaman sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w, sebelum wujudnya kerajaan Rom,sebelum wujudnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s, sebelum wujudnya Nabi Ibrahim a.s. Wujudnya kerajaan Atlantis ketika sebelum dan pada zaman Nabi Nuh a.s.
Hilangnya kerajaan Atlantis kerana bencana besar yang menimpa bumi nie. Banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s. Mungkin berpunca dari letusan gunung berapi yang amat kuat sehinggakan menghasilkan gempa bumi yang kuat dan seterusnya menghasilkan tsunami gergasi. Dari situ juga, mungkin peta dunia berubah secara drastik. Benua-benua terbentuk. Dan mungkin terhasil lebih kurang seperti peta hari ini. Wallahuallam..
Penahke kita tefikir, Jika ada benarnya tamadun Atlantis tu hebat….Mesti akan ada monumen yang hebat-hebat telah dicipta kan? Mesti ada kemahiran dan pengetahuan berkenaan hal-hal ketamadunan. Dari banyak-banyak monumen atau bangunan lama yang tersebar di dunia ni, bentuk apa yang paling banyak kesamaan? BENTUK PIRAMID, setuju?
Monumen berbentuk piramid ada di mana-mana. Di Mesir, di benua Amerika Selatan (kaum Mayan dan Aztec), di China, di Eropah (Di Bosnia, di Jepun (Yang kat dasar laut tu). Tidak lupa juga di Asia tenggara! Malah yang menariknya. Ada satu monumen piramid yang tidak dihebohkan… Masih di peringkat penyiasatan lanjut…. Di kawasan Pentas Sunda! Di mana Pentas Sunda tu? Di Asia Tenggara, di Nusantara!
Dua nama pengkaji berkenaan arkeologi terulung, -STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS…. ada lagi, Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland (Pentas Sunda) yang tenggelam telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.
Ada maklumat berkenaan satu piramid yang dijumpai di Indonesia. Gunung Lalakon, Bandung. Menurut para pengkaji ahli arkeologi Indonesia, setelah mereka mengadakan ujian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.
Selepas monumen, kita beralih kepada penulisan atau bahasa terawal. Dalam kajian pakar sejarah, tulisan terawal mestilah tulisan yang paling ringkas dan tulisan yang paling mudah untuk ditulis. Selepas beberapa puluhan tahun mengkaji, akhirnya mereka menjumpai satu tulisan yang sangat simple dan paling asas bentuknya adalah TULISAN RENCONG. Selepas dikaji dengan mendalam, tulisan itu asalnya dari Nusantara!
Banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan bukti bahawa ketamadunan manusia sebenarnya muncul dari satu kawasan yang sama, iaitu NUSANTARA Tapi kenapa ahli arkeologi kita senyap tanpa berita. Atau siapa yang cuba sembunyikan kebenaran di sebalik sejarah yang selama nie kita cedok bulat-bulat dari HIS STORY (Cerita dia ak.a cerita rekaan demi kepentingan) sahaja?? Dari bukti-bukti yang dijumpai ini. Secara kesimpulan awalnya., Kebanyakan ahli arkeologi yang bebas dari cengkaman kuasa dunia sependapat, Atlantis terletak di Nusantara!!
Benar atau tidak, wallahuallam. Tapi kalau dilihat dari bukti yang asas, sememangnya kawasan Nusantara nie sudah dikenali sejak zaman berzaman dgn gelaran seperti Golden Chersonese, Tanah Dewa-dewa la. Ada satu kisah sejarah yang mungkin tidak popular di kalangan anak-anak muda sekarang nie…. Kisah Raja Perahu…. sape tau? :) Ia berkisar kisah awal penduduk di nusantara yang sejak dulu lagi terkenal dengan ilmu maritim nya. Pasal hutan kita, Sudah diiktiraf di dunia mengatakan bahawa hutan di Nusantara adalah yang TERTUA di dunia. Banyak lagi bukti yang selalu di depan mata tapi kita tak perasan…sebab kita tak ambik berat pasal sejarah asal kita yang menarik dan gah di mata masyarakat dunia.
Satu lagi klu yang mungkin menjadi tanda tanya banyak pihak dan pengkaji. Kata-kata Hang Tuah, “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Dipercayai kata-kata ini ada maksud mendalam yang tersiat. Menerangkan akan asal-usul melayu dan kehebatan melayu. Semoga dapat mencetuskan satu perasaan ingin tahu…..Selamat Mengkaji…:)

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril