About Me Order Site Map Movie

Monday, 12 November 2012

Sultan Tegur Pengurusan air Kelantan


بسم الله الرحمن الرحيم

 Sultan Kelantan  berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-43 di Istana Balai Besar. - Foto BERNAMASultan Kelantan berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-43 di Istana Balai Besar. - Foto BERNAMA
» Segerakan penstrukturan semula, bekalan berkualiti untuk rakyat 

Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menegur pengurusan air oleh kerajaan negeri dan diperintah segera menyelesaikannya bagi memastikan rakyat menikmati sumber air bersih serta terjamin. 

Baginda meminta penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air disegerakan seperti dipersetujui melalui kaedah pengambilalihan aset air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). 


“Beta dimaklumkan pada dasarnya pihak berkuasa negeri sudah bersetuju dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Kelantan melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh PAAB. 

Selesaikan segera 

“Beta menggesa pihak terbabit supaya dapat menyelesaikan segera perkara ini bagi memastikan rakyat diutamakan dan sumber bekalan air yang berkualiti serta terjamin dapat dinikmati rakyat,” titah baginda pada majlis Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke43, di Istana Balai Besar, di sini semalam. 

Kerajaan Persekutuan tak abai Kelantan: Sultan Muhammad V 
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Baginda yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang selama ini dilihat tidak pernah meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan. 

“Beta berharap satu rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini seperti negeri di Pantai Barat atau negeri Pantai Timur lain bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri. 

“Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia,” katanya. 

Sultan Muhammad juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak melihat pertanian sebagai sektor mengaut keuntungan serta menjana ekonomi semata-mata. 

“Beta menyeru supaya semua pihak terbabit dalam sektor ini menjaga sumber asli seperti tanah, sungai, laut serta kawasan tadahan hujan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. 

“Langkah ini bagi memastikan Kelantan terus subur dan berupaya mengeluarkan hasil yang banyak serta berkualiti sepanjang masa,” titah baginda. 

Baginda juga menegur jentera pentadbiran kerajaan negeri supaya proaktif dalam memperbaiki serta mempertingkatkan sistem sedia ada agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan bermutu dan terbaik. 

“Semua agensi perlu menjana idea baru bagi menghasilkan produk inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan, selain inisiatif sentiasa dikemukakan supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik,” titah baginda.

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril