About Me Order Site Map Movie

Sunday, 1 March 2015

Tips Mudah Tingkatkan Traffik Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.






1. Gunakan template mesra SEO (Search Engine Optimization)
Gunakan template blog yang ringkas dan ringan (cepat loading).Jangan gunakan blog yang direka dengan Flash kerana google robot(crawler) tidak sama sekali dapat mengesan format flash. Blog yang berat akan menyebabkan visitors menunggu masa yang lama untuk masuk ke laman anda. Faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung keluar dari blog anda sebelum blog selesai loading.


2. Elakkan Javascript
Penggunaan javascript yang terlalu banyak pada blog anda akan menyebabkan blog lambat loading. Javascript biasanya sangat-sangat berat. Contoh widget yang menggunakan javascript seperti widgeo, live traffik feed, animated recent post dan shoutout mix.Memandangkan shoutmix penting untuk pembaca meninggalkan jejak,ianya dikecualikan dalam hal ni.


3. Letak bloglist dalam blog anda
Bloglist sangat-sangat penting dalam menjana traffik melalui enjin pencarian. Apa-apa entri pada bloglist kegemaran anda akan menghasilkan keyword dan blog anda akan menumpang sekali keyword tersebut. Contohnya, walaupun blog anda tidak pernah ada kaitan dengan seks, keyword seks dari google search tersebut datang dari entri bloglist korang. Mudah kan?So, jangan lupa untuk letak bloglist kat blog anda.


4.Backlink
Backlink adalah link yang menghubungkan blog kita antara satu dengan yang lain. Backlink dapat menolong tingkatkan kedudukan blog di enjin pencarian seperti google. Untuk menghasilkan backlink, anda kenalah rajin komen kat blog-blog yang lain.Cara mudah yang lain adalah menganjurkan Contest. Mesti ramai yang ingin sertai contest dan letakkan link blog anda kat blog atau entri mereka. Justeru, menghasilkan backlink pada blog anda.


5.Teknik Bold Kata Kunci
Anda haruslah bold(highlight) kan kata kunci kat setiap entri terbaru kita. Anda boleh bold kata kunci yang penting bagi entri anda. Bold satu atau dua perkataan dah memadai.Melalui teknik ni, google lebih mudah untuk mengesan keyword tersebut sebagai kata kunci bagi entri anda.


6. Hantar url blog anda ke enjin pencarian
Hantar url anda kepada enjin pencarian seperti google dan yahoo.Klik disini untuk menghantar blog anda ke google.Klik disini untuk hantar url anda ke Yahoo.


7. Elakkan lagu
90% pembaca tidak suka blog yang mempunyai lagu.Pemasangan lagu menggangu tumpuan pembaca untuk membaca artikel anda.


8. Berkongsi Artikel
Jangan risau jika artikel anda dicopy paste.Ia akan menghasilkan backlink kepada anda jika pemilik tersebut mengkreditkan blog anda untuk artikel tersebut. Bagi yang mempunyai domain, tynt insight akan menghasilkan backlink percuma kesetiap artikel yang telah di copy.Walaupun artikel disebut di copy paste tanpa kredit.


9. Gunakan banner yang kecil pada header blog anda
Jangan gunakan banner pada blog yang bersaiz besar sehingga penuh satu skrin komputer.Banner blog yang besar menyebabkan masa yang lama untuk loading image tersebut.


10. Beri Komen pada blog lain
Jika anda suka komen blog lain, lihat backlink anda disini. Banyak tak backlink anda??Itulah cara-cara tingkatkan backlink dengan mudah melalui komen pada blog lain. Sekaligus, dapat perkenalkan kehadiran blog anda didunia blog.




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

10 comments:

  1. tips yg sangat bagus yg kadangkala terlepas pandang.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks, mama lupa dah tips ni.. hihi, nasib baik ingatkan mama..

    ReplyDelete
  3. thank you share :) sebelum ni tak pernah kisah, tapi bila baca entry ni, rasa tertarik nak cuba

    ReplyDelete
  4. Salam bro.....Datang sini nak belajat SEO dengan Muhammad shah boleh ke? Tip yang sangat bagus dan berguna untuk semua pembaca. Ada masa sudi2lah ke blog saya ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jee .. nanti shahril singgah blog sensasi yee !

      Delete
  5. Wahh,, thanks for the tips.. btw, shahril guna font apa ya?

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril