About Me Order Site Map Movie

Friday 20 March 2015

Pelajar Tingkatan 6 2015 Boleh Berpakaian Biasa Ke Sekolah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entri yang seterusnya.

Pelajar Tingkatan 6 2015 Boleh Berpakaian Biasa Ke Sekolah

Etika Pakaian Ke Sekolah Tingkatan 6
Pelajar Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015.

Perkara berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu pada musim persekolahan akan datang dan juga perlaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6

Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam ia telah diluluskan oleh kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2014
Ia sejajar dengan sisitem pendidikan prauniversiti seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Bagaimanapun pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian yang dihebahkan melalui siaran media seperti berikut


PELAJAR LELAKI
  1. Dibenarkan pakai Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  2. Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan
  4. Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter
  5. Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim
  6. Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking
  7. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  8. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

PELAJAR PEREMPUAN
  1. Baju kurung atau pakaian tradisional
  2. Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan
  4. Pakaian ketat juga tidak dibenarkan
  5. Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki
  6. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  7. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

SUMBER - MYSUMBER

1 comment:

  1. wah bestnyer..
    tapi nanti konfius yang mana cikgu yang mana pelajar pulak kan..
    Untungla budak zaman sekarang.

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril