About Me Order Site Map Movie

Wednesday 4 March 2015

Kedudukan Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.


Nabil dan Neelofa adalah gandingan yang amat bagus sekali sebagai pengacara program hiburan MeleTOP. Malah mereka berdua telah bergandingan sejak awal kewujudan program ini sekaligus membolehkan keserasian terbentuk. Neelofa jenis yang serius sedikit, sementara Nabil jenis pak lawak. Memang kombinasi yang sempurna. Malah ramai yang mahukan gandingan ini terus kekal mengacara MeleTOP selama mana yang boleh.


Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabil, neelofa

Namun sejak minggu lalu, sudah timbul desas-desus tempat kedua-dua pengacara ini bakal digantikan oleh orang lain. Tidak diketahui pula sama ada hanya seorang daripada mereka yang bakal disingkirkan. Namun berdasarkan tulisan di dada-dada akhbar, pengacara yang bakal mengambil alih MeleTOP ini tidak kurang hebatnya. Malah khabar angin bertiup kencang yang si pengacara baru ini menggunakan kabel kuatnya dengan stesen Astro untuk melobi. Hmmmmmm.. Boleh tahan panas juga gosip ini kan?
Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nabil, neelofa

Namun seperti biasa desas-desus ini tidaklah boleh dipercayai 100%. Semalam tengok Nabil dan Neelofa masih lagi mengacarakan MeleTOP. Mungkin ini sekadar khabar angin semata-mata. Takkanlah Astro nak buang 2 pengacara kesayangan ramai ini? Silap-silap boleh jatuh rating nanti. Apa pun, kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga Nabil dan Neelofa terus mengacara MeleTOP kerana gandingan anda berdua memang meletup. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

2 comments:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril