About Me Order Site Map Movie

Monday 30 March 2015

Laptop Paling Nipis Keluaran Asus


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Laptop Paling Nipis Keluaran Asus
Asus Zenbook UX305






Komputer riba terbaharu Zenbook UX305 keluaran Asus ini hadir dengan rekaan premium. Menurut Asus, ia lebih nipis berbanding komputer riba Apple terbaharu yang diumumkan baru-baru ini.

Asus Zenbook UX305 hadir dengan cip pemprosesan Intel Core M dengan pilihan 128GB SSD atau 256GB SSD, selain pilihan memori 4GB RAM atau 8GB RAM.

Untuk ruangan port, berbeza dengan Apple yang hanya mengehadkan kepada satu port sahaja, Zenbook UX305, Asus melengkapkan komputer riba ini dengan tiga ruangan USB 3.0.

Bagi penawaran bateri, Zenbook UX305 menawarkan penggunaan bateri sehingga 10 jam untuk melayari bateri, sementara sehingga lapan jam ketika menikmati filem atau audio.

Prestasi yang ditawarkan komputer riba ini lebih baik berbanding sejumlah komputer riba lain di pasaran hari ini.

Di Malaysia, komputer riba ini akan ditawarkan pada harga RM2399. Selain komputer riba ini, Asus akan hadir dengan Zenbook Pro UX501 yang dilengkapi kad grafik berkuasa dan paparan qHD pada bulan Mei hadapan.

2 comments:

  1. Menarik laptop nie..berapa agaknya harga eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang cukup menarik .. harga mesti mahal cik akak :) tapi harga still mampu milik rasanya .

      Delete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril