About Me Order Site Map Movie

Wednesday 4 March 2015

Jep Sepahtu Irihati Dengan AC Mizal


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang 
seterusnya.


Nampaknya kali ini, sekali lagi nama Jep Sepahtu dilanda kontroversi apabila dikatakan iri hati dengan populariti yang dikecapi oleh AC Mizal. Sekali dengar rasa kelakar pun ada juga. 

Menerusi ruangan Pancaindera Ahad lalu, Jep didakwa makan hati dengan peminat AC yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminat pelawak itu sendiri setiap kali membuat persembahan dalam sebuah rancangan realiti baru-baru ini. 

Sudahlah Jep sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin yang menyebabkan dia mahu mengambil tindakan terhadap satu akhbar kerana memfitnah dirinya, kemudian disusuli pula dengan kemalangan yang dialami baru-baru ini, kini terpalit pula isu yang tidak matang ini. 

Kami pasti, AC dan juga Jep cukup profesional sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni. Isu makan hati atau cemburu ini seharusnya tidak timbul memandangkan mereka sendiri sudah cukup dikenali dan punyai peminat tersendiri. 





~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril