About Me Order Site Map Movie

Friday, 13 March 2015

Wak Doyok : Saya Hanya Bergurau, Usik Kila Fairy


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.




Mengakui serik dengan apa yang dilakukannya terhadap komen yang ditinggalkan di Instagram Kilafairy, Wak Doyok akur dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Wak, apa yang dilakukannya itu hanyalah gurauan semata-mata.
“Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar”
“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat saya terima teguran orang dengan hati terbuka,” katanya kepada Harian Metro menjawab kecaman gila seks yang diberikan kepadanya akibat dari isu tersebut.
Selain itu, dalam masa yang sama, Wak Doyok sendiri mengakui bahawa dia perlu berhati-hati dalam melakukan apa saja perkara di media sosial sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah menyatakan perkara yang berbaur lucah.
Tidak pasal-pasal terlekat label gila seks pada figura fesyen ini. Apa-apa pun, Wak sudah dapat pengajaran dan harapnya perkara yang sama tidak berulang lagi dan mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain di luar sana.
SUMBER - ROTIKAYA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril