About Me Order Site Map Movie

Monday, 16 March 2015

Kamal Adli Dah Bawa Emma Maembong Balik Jumpa Keluarga


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entri yang seterusnya.


saya tak tahu nak bagi reaksi macam mana selepas terbaca satu artikel dekat akhbar Utusan Malaysia ni. Yelah setahu Kaki Berita pengesahan yang si Emma Maembong dan Zizan Razak putus cinta baru sahaja berlaku dalam sebulan dua ni, tiba-tiba dah keluar cerita yang aktor Kamal Adli dah bawa Emma balik jumpa keluarganya.
Jika sebelum ini Kamal dikatakan sebagai orang ketiga dalam perhubunga Zizan dan Emma, namun menerusi akhbar Utusan Malaysia semalam, Kamal dan Emma dikhabarkan sudah semakin rapat di antara satu sama lain selepas Emma betul-betul putus dengan Zizan.
Khabarnya, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan ahli keluarganya dan nampaknya perhubungan mereka kini sudah pun memasuki fasa serius.
Berikut adalah laporan yang Kaki Berita baca menerusi Utusan.
“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.
“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.
“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.
Kalau betullah kata sumber ini, baguslah. saya harap sangat yang hubungan kedua-duanya berterusan. Yelah dua-dua pun dah solo. Sebelum ini pun kita semua tahu yang Kamal Adli dah putus cinta dengan aktres Intan Ladyana tak lama dulu. Moga hubungan yang lebih positif dapat dijalin dengan Emma Maembong.
Sumber - Kaki Berita

4 comments:

  1. Kalau dah jodoh tak ke mana..hihi :)

    ReplyDelete
  2. macam-macamlah dunia artis nie. pusing-pusing tak tu jugak.. Apapun semoga mereka bahagialah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup btol tu . doakan semoga mereka berbahagia ..

      Delete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril