Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.
Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang. Boleh dikatakan ramai antara kita yang letak iklan Nuffnang dalam blog. Ada juga yang tak letak dan letak iklan lain. Tak kisah ikut mana yang lebih kita suka untuk letak iklan dalam blog masing-masing. Bagi yang letak iklan Nuffnang, CPUV Earning ataupunBuffered Earning (BE) yang paling ditunggu-tunggukan. Memang seronok bila dapat hasil dari duit yang kita hanya menulis dalam blog.
Ada sesetengah kita yang earning CPUV lebih tinggi dari earning CPC. Mesti ada yang keliru antara CPUV dan CPC ni. CPUV earning dikira berdasarkanunique visitors yang datang berkunjung ke blog kita. Manakala, CPC earningpula akan dikira berdasarkan per klik iklan di blog kita. Blogger yang berstatusgliteratti akan menerima 25 sen setiap kali iklannya diklik, manakala blogger berstatus ordinary akan menerima 15 sen per klik untuk iklannya.
I Love Nuffnang |
Cerita nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang macam mana pula? Saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu cara-cara untuk mencerahkan peluang naik dapat CPUV Earning Nuffnang.
Setiap kerja yang kita buat memerlukan usaha. Tanpa usaha dan ianya akan jadi angan-angan sahaja. Jadi nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang juga memerlukan usaha yang berterusan.
Cara Pertama, cuba tingkatkan trafik pada blog kita. Cara ini sebenarnya paling berkesan. Ini kerana pihak Nuffnang mahukan ramai pengunjung yang akan lihat iklan mereka. Jika blog kita kurang trafik maka iklan mereka sukar untuk dilihat pengunjung.
Cara kedua, rajinkan diri untuk blogwalking ke blog lain. Jika kita blogwalking ke blog orang lain. 80-90% mereka akan balas balik berkunjung ke blog kita. Jika ada bloglist lagi senang nak blogwarking. Jika ada dalam senarai bloglist kita yang update entry baru, kita berkunjung dan tinggalkan komen pada blog tersebut. Dengan meninggalkan komen pada blog lain. Mereka akan tahu kita telah datang membaca dan berkunjung ke blog mereka, Insyallah mereka akan buat kunjung balas.
Cara ketiga, sertai segmen/GA/contest. Jika kita rajin kita sendiri yang buat semua ini, jadi penaja/sponsor untuk contest pun boleh juga. Dengan menyertai segmen mahupun menjadi penganjur kepada sesebuah contest akan meningkatkan jumlah pengunjung masuk ke blog kita. Ini kerana bagi mendapatkan CPUV Earning Nuffnang memerlukan blog kita mendapat unique visitor yang tinggi. Jadi kena maintainkan jumlah trafik yang datang ke blog kita. Blog yang maintain trafiknya lebih disukai pihak advertiser bagi meletakkan iklan mereka dalam blog kita.
Cara keempat adalah dengan buat ping entry blog kita. Banyak tempat-tempat yang percuma untuk kita ping entry blog. Boleh pilih yang mana rasa senang dan tak susahkan diri nak masukkan entry mahupun kena bayar untuk ping di tempat tersebut. Antara ping blog yang saya selalu guna adalah pingbusuk,pingates dan juga blogpingtool. Dengan buat ping blog ini juga dapat tingkatkan trafik ke blog kita.
Cara kelima adalah cara yang paling selamat pada saya. Iaitu kita kena mahirkan diri dengan teknik SEO. Bagi blog-blog otai yang dah hebat dalam SEO mudah sahaja mereka nak dapatkan trafik yang tinggi masuk ke dalam blog mereka. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan dan kita kena belajar mahirkan diri kita dengan SEO. Jika kita nak maju dalam dunia blog, teknik SEO adalah langkah selamat untuk maintainkan blog kita supaya ada pengunjung. Jika kita tak pandai dengan teknik SEO ini blog kita susah untuk maju kedepan. Jadi nak tahu SEO kena belajar dan teruskan usaha mencuba. Tak ada benda yang kita nak tahu kita akan terus tahu, semuanya kena belajar dan ambil masa.Saya nasihatkan anda belajar dahulu Asas SEO. Anda boleh lihat buku Panduan Asas SEO (klik sini).
Baiklah, semoga perkongsian tips dan panduan untuk mendapatkan CPUV Earning Nuffnang ini berguna. Dah dapat banyak CPUV Earning Nuffnangnanti jangan lupa berkongsi dengan saya juga. Tips dan panduan ini berguna juga untuk kita dapatkan hasil duit dari blog bagi program A,B,C,D,E dan sampailah ke Z program yang kita sertai.
Yang penting dalam dunia blog ini kita kena rajin berusaha dan belajar. Ingat'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Semuanya memerlukan usaha dan kesungguhan kita.
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
Terima kasih For da tipss... sangat berguna... hihiii
ReplyDeleteterbaikkk . teruskan usaha :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk info
ReplyDeletebila la nak merasa cpuv ni...
ReplyDeleteOoo baru ku tahu..
ReplyDeleteThanks Shahril dgn perkongsian tips yg amat bernas tu..
Hope lepas ni trafik kite pun menaik...hehehe
Shahril,tq for the tips!
ReplyDeletenampaknya kena rajin-rajinkan diri berblog walking