Emma Maembong Menangis Kenang Hubungan Dengan Zizan Razak
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.
Mengakui masih lagi menyimpan rasa sayang, dalam satu temubual bersama program Hlivebaru-baru ini, kelihatan Emma Maembong tidak dapat menahan sebak di dalam video tersebut apabila berbicara mengenai bekas kekasihnya, Zizan Razak.
Menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan, Emma sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini lebih selesa tidak memikirkan mengenai soal cinta ketika ini dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi.
Selain itu, Emma juga memberitahu bahawa ketika ini dia masih berhubung dengan Zizan dan tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka kembali bersama.
“Tiada siapa yang mahukan semua ini jadi (berpisah) tetapi kami masih berhubung dan berkawan. Masing-masing sekarang sibuk dengan penggambaran. Saya tidak pernah kata yang saya benci dia. Kalau mungkin kami ada jodoh pada masa akan datang atau tiada, saya terima,” katanya.
SUMBER - ROTIKAYA~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !