About Me Order Site Map Movie

Wednesday, 10 December 2014

BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon bermula 1 Desember 2014


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum

Siapa di sini pemohon BR1M 2015 ? pasti korang dah dapat surat kan.



Makluman penting buat pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015, diingatkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 bermula 1 Desember 2014 iaitu pada hari Isnin (esok). Bagi memastikan pemohonan anda dapat diproses dengan baik dan lancar, pemohon diminta untuk kemaskini maklumat terkini pemohon seperti berikut :


Maklumat pasangan / tanggungan
Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
Maklumat akaun bank pemohon. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Sila isi dengan betul maklumat akaun bank yang tepat supaya bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Tarikh kemaskini bermula : 1 Desember 2014


Tarikh agihan BR1M bermula : Januari 2015 secara berperingkat (kecuali 
                                              pemohon bujang).


Cara kemaskini maklumat boleh dibuat :
Secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my
Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dihantar ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.
Untuk memudahkan lagi pemohon, sila masukkan nombor akuan bank yang layak semasa proses kemaskini.

Senarai bank yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran BR1M 2015 :

Affin Bank BerhadAgro Bank
Alliance Bank Malaysia Berhad
AmBank Berhad
Al Rajhi Bank
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Rakyat
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional
CIMB Bank Berhad
Citibank Berhad
Hong Leong Bank
Maybank
OCBC Bank
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Bhd


* Jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan bank atas nama 
   pemohon sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat 
   adalah tidak dibenarkan. 


Jumlah nilai BR1M 2015 yang diterima : 
Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM950
Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan dari RM3,000 sehingga RM4,000 akan menerima RM750
Kategori individu / bujang yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 akan menerima RM350 dan dibayar pada bulan Januari.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Sumber : Surat Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015 dari Kementerian Kewangan Malaysia


Semua penulis akan mati, tetapi hanya karyanya sahaja yang akan terus kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. - Saidina Ali Bin Abi Talib -

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril