About Me Order Site Map Movie

Tuesday, 5 May 2015

Info Penting Tentang Matrikulasi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Info Penting Tentang Matrikulasi | Maklumat Pendaftaran Matrikulasi | Contoh Resit Bayaran Yuran Matrikulasi | Tarikh Daftar Matrikulasi






Hari nie , Shahril nak share about matrikulasi .. so , kepada yang masih 'blur' , maybe ini dapat membantuu !

BACA : Alhamdulillah Shahril Dapat Kolej Matrikulasi Kelantan
BACA : Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi?
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.



Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT).

-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).

-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.

-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.

Adakah kita akan dapat sijil selepas tamat matrikulasi?
Tidak. Matrikulasi tidak menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan DIPLOMA. Yang diberi nanti adalah slip peperiksaan. Slip ini tidak laku untuk mencari pekerjaan. Ia khas untuk kelayakan ke universiti dalam bidang bidang yang kita pilih kelak. Sijil STPM dan DIPLOMA laku untuk mencari pekerjaan.

Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Jurusan Sains
Program Matrikulasi Sesi 2015/2016 yang berwajah baru ini memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga modul yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang.
Perubahan yang akan dilaksanakan adalah di mana tiada lagi program Sains Hayat dan Sains Fizikal tetapi diganti dengan program berbentuk modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III.
  
Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi setiap modul dalam Jurusan Sains adalah seperti berikut;

  • Modul I – Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.
  • Modul II – Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.
  • Modul III – Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.



Jurusan Sains dalam program PST menawarkan ketiga-tiga modul di atas. Manakala bagi program PDT hanya ada Modul I dan II sahaja pada tahun pertama.



Jurusan Perakaunan
Jurusan Perakaunan dijalankan hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Perakaunan adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan.



Jurusan Teknikal
Jurusan Teknikal dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Jurusan Teknikal juga hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Teknikal adalah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik.


Mata Pelajaran Wajib
Mata Pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar dari semua jurusan adalah Bahasa Inggeris, Kokurikulum, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.


Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah? Kuliah
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KOKURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.

Bagaimanakah pembelajaran di matrikulasi?
Bergantung kepada kelas kelas yang dibahagikan oleh pihak kolej. Secara amnya, kelas mula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Ada juga ruang masa rehat dan waktu belajar habis awal. Itu bergantung pada jadual anda. Lebih kurang 2 atau 3 'Assignment/homework' diberikan setiap hari.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan Gred PNGK yang baik?
Anda mesti rajin. hargai masa, tidak boleh bertangguh dan tahu teknik belajar yang betul. Matrikulasi tidak sama dengan sekolah. Nota sendiri perlu ada dan mestilah teratur. Buatlah peta minda untuk setiap bab bagi subjek subjek yang dipelajari. Buat 'study group' sekiranya tidak faham sesuatu topik. Waktu malam adalah waktu yang sesuai mengulangkaji dan menyiapkan 'assignment/homework'. Terpulang kepada anda waktu mana yang anda selesa.

Apakah Gred PNGK yang baik?
3 PNGK ke atas. Yang paling baik adalah 4 PNGK (4 Flat).

Matrikulasi menyebabkan pelajar 'gila'?
Tidak. Apa yang saya sebut tadi, jika belajar dengan teknik yang betul, anda tidak akan rasa susah. NOTA SENDIRI YANG TERATUR perlu ada. Melainkan anda seorang yang genius. Terdapat pelajar matrikulasi yang genius, tidak perlu nota atau latihan yang banyak, mereka mampu mendapatkan gred PNGK yang baik. Tetapi, mereka minoriti. Fikirlah anda di dalam keadaan yang mana.

Tips lain untuk belajar?
Belajarlah mengikut 'learning objective/outcome'. Buat NOTA PETA MINDA berasaskan 'learning objective'. Dalam peperiksaan semester, lebih kurang 90% soalan dari 'learning objective/outcome' masuk dalam peperiksaan. Lagi 10% soalan kadangkala terkeluar dari silibus. Selalunya Gred PNGK akan turun sekiranya keadaan itu berlaku. Kertas soalan dibuat oleh pihak universiti, bukan kolej matrikulasi.

Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Kokurikulum
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.

Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.

Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.

Bagaimana dengan pensyarah?
Ada yang ramah, baik, tegas dan garang. Bergantung. Mostly , pensyarah2 sporting and amik berat terhadap pelajar2 mereka.

Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan merosot nanti. Elakkan bercinta. Jodoh Allah dah tetapkan.

Peperiksaan Semester
Sekiranya saya gagal (PNGK<2.00) dalam peperiksaan semester, apa akan terjadi?
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal? InsyaAllah kita semua dapat keputusan yang baik2 . Amin.

Kesimpulannya?
Belajarlah bersungguh sungguh dan buat yang terbaik di matrikulasi. Anda perlu berkorban untuk 'Satu Tahun' sahaja bagi pelajar PST. Bagi pelajar PDT, tempoh masa adalah dua tahun. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang penting, 'study smart, not study hard'. Mengulangkaji dengan menyelak buku atau nota pensyarah tanpa NOTA SENDIRI sebenarnya tidak berkesan di matrikulasi (begitu juga di universiti). Ia menyebabkan anda lebih tertekan. 3 pembelajaran berkesan adalah penglihatan, pendengaran dan penulisan nota.


Kebanyakan info2 diatas, shahril amik dari blog senior2 dari Kolej Matrikulasi.


Info Penting Tentang Matrikulasi | Maklumat Pendaftaran Matrikulasi | Contoh Resit Bayaran Yuran Matrikulasi | Tarikh Daftar Matrikulasi

29 comments:

  1. wah, sambung Matrik ye dik? Tahniah. hehe. Gdluck kat sana nnt ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerr kak tikah . sambung matrik . insyaAllah . shahril akan buat yg terbaik . doakan shahril jgk ehh ?

      Delete
  2. sape yg masuk matrik ni pandai2..hehe tahniah..moga berjaya

    ReplyDelete
  3. Saudara shahril , nak tanya neh ... berapa yuran calon mengulang dan berapa yuran budak PDT bagi tahun kedua ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak maaf . kalau x silap saya, calon mengulang dan calon PDT kena bayar yuran yg sama macam budak2 lain .

      Delete
  4. tq sgt atas info yg diberi ☺ ni nk
    mnta izin utk copy ni,ok 😉

    ReplyDelete
  5. Saya spm 4A .saya buat rayuan matrik.
    Bi saya D.Tapi meritokrasi saya A B C D .peluang saya nak dapat
    Saya sangat sedih
    Boleh bantu saya jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah blh . Kebiasaannya, matrik dia tngok kredit BM dan math. Solat hajat bnyak2. btw Sorry lewat reply .

      Delete
  6. Tq utk info yg diberi. tahun ni dapat matrik, tapi rayuan la. mula2 takut juga, lepas baca blog ni, alhamdulillah ada semangat nak pergi tu. tq ☺☺😊

    ReplyDelete
  7. Permohonan PDT atau PST tu ditentukan oleh pihak matrikulasi or kita boleh pilih sendiri? and kalau gagal, kena repeat the whole process ke atau repeat exam je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PDT atau PST ditentukan oleh KPM sndiri .. Klau gagal 1 subjek, but pointer still ok, blh teruskan pengajian . Klau gagal 1 subjek, dan subjek lain ckup2 lulus, dan juga pointer bwh 2.0 , u got to chose to continue as PST or PDT. But mostly of them which are pointer less than 2.0, chose to continue as PDT student to cover their pointer.

      Delete
  8. hello, nak tanye, jadi kalau student yang kene buang tuu sebab dapat pointer berapa ye? bukan bawah 2.0 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau dapat bawah 2.0, mereka akan dipindahkan ke Matrikulasi yang ade Pengajian Dua Tahun(PDT) klau mereka pada asalnya Pengajian Satu Tahun(PST).

      Delete
  9. Salam. Saya minat dalam kejuruteraan mekanikal, so saya b'cadang untuk memasuki matrik jurusan teknikal. Ada berapa soalan saya nak tanya :) Semua subjek belajar dalam Bi atau Bm, atau dwibahasa? & selepas saya tamat pelajaran di matrix, saya dapat terima ke uni swasta tak?.. Untuk memasuki dalam degree mechanical enginering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. dwibahasa. bergantung pada matrikulasi tersebut.

      Delete
  10. apa jadi kalau x buat pendaftaran online? sbb saya tgh tunggu upu tapi upu 21mei...deadline pendaftaran online 18 mei

    ReplyDelete
  11. Nak tanyaa ..Kalau gagal pst sem 1 adakah kita dipindahkan ke pdt sem 2 nnti ?

    ReplyDelete
  12. Org kata modul 2 nk jd enginerr modul 3 doktor then modul 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Modul 2 if btol2 nk jadi engineer. Digalakkan amik modul 1 utk jadi doktor atau tkde matlamat lagi hehehe. Modul 3 tu blh jugak jd doktor tetapi mostly org akan amik modul 1 utk jadi doktor. :)

      Delete
  13. Kalau result sem 1 tak okay tapi sem 2 okay. effect apa apa tak untuk upu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rendah sngt akan effect CGPA sbb nnti nk isi upu, dia akan tngok CGPA kita. Purata untuk dua-dua sem.

      Delete
  14. Aslamualaikum.... Saya lepasan spm and saya nak sambung kejuruteraan mekanikal untuk degree....saya kene amik matriks modul 1 2 or 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Digalakkan mengambil modul 2. Tetapi modul 1 pun blh. Tak kisah.

      Delete
  15. saya takde ape ii nak tanye , just nak bagitau this blog memang banyak bagi saya pencerahan about matriks , saya lepasan spm 2019 and saya diterima ke matriks bagi jurusan sains , cuma agak takot sbb ramai cakap matriks susah , kalau lepas ni dapat share tips yourself study i really appreciate that. Thanks

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril