About Me Order Site Map Movie

Tuesday 5 May 2015

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi


بسم الله الرحمن الرحيم


Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi | Barang-Barang keperluan yang perlu dibawa ke Matrikulasi | Barang-Barang kelengkapan yang perlu dibawa ke Matrikulasi





Assalamualaikum. Ni antara barang-barang yang perlu dibawa ke matrikulasi/IPTA. 

Tak semua kita kena bawak, ni sebagai panduan je okay?  








Pakaian : 


(Perempuan)
Baju kurung/Baju Kebaya/Jubah ( Bawa dalam 10-15 helai atau lebih)
-Blouse ( kalau nak pergi outing ke )
- Baju lengan panjang (Pakai bila beriadah atau keluar makan dan sbgainya)
-Seluar sukan/Tracksuit
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik jelah. Haha)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej
-T-shirt/Baju lengan pendek/Baju Tidur (Pakai di dalam bilik)
-Inner baju/Kain dalam/Kain Batik
- Skirt Labuh/Blouse/Baju jalan-jalan (Kalau nak pergi outing)
- Sweater (Sekiranya cuaca sejuk)


(Lelaki)
-Baju Kemeja ( Wajib pakai ketika ke kuliah)
-Baju Melayu ( Bawaklah 1 atau 2 helai bagi pelajar melayu)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-Seluar sukan/Tracksuit/Kain Pelikat
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik. Jangan mengada-ngada nak pakai bila keluar makan)
-Tshirt apa apa corak pun.

Kepala :

Perempuan :
- Tudung/Selendang ( Tak kisah warna apa. Pastikan ada warna hitam)
-Anak tudung ( Warna warni pun boleh )
-Pin tudung ( Apa-apa corak pun boleh, bawak stok banyak sikit
- Sikat/Sepit rambut/Getah rambut/Cekak (sukahati nak bawak ke taknak)

Lelaki 
-Kopiah/Songkok ( Tak wajib)
-Topi ( Pakai dalam bilik jela ye? Haha)

Kaki :
-Flatshoes sahaja ( NO HEELS!) ( Warna apa pun, tak kisah but at least kena ada warna hitam/ warna gelap) (Tak semestinya PVC) (khas untuk PEREMPUAN)
-Kasut kulit ( Wajib kepada LELAKI bila nak pergi kuliah) 
-Kasut Sukan ( Apa-apa jenama pun, asalkan kasut sukan !)
-Sneakers ( Tak Wajib )
-Selipar jamban/Jepun (Ni mestilah bawak. Beli yang tahan dan kuat sikit. Takut tergelincir dalam bilik air) (kalau nak pakai selipar masa pergi makan, cari yang LAWA-LAWA sikit. Haha) 
-Stoking {Warna apa pun tak kisah tapi at least ada warna HITAM(bagi LELAKI) dan warnaHITAM/warna KULIT (bagi PEREMPUAN) }

Penjagaan Diri :
-Pencuci muka ( Belilah Oxy! Garnier Men ke. Haha tak kisah apa jenama pun)
-Sabun Mandi ( Beli yang baunya kuat. Baru tahan wangi untuk berjam-jam kan?)
-Ubat Gigi/Berus Gigi (Wajib ! Untuk mengelakkan mulut anda berbau)
-Shampoo ( Gunalah Head and Shoulder. Hee, tak kisah apapun jenama. Beli yang besar sikit, tahan lama)
-Deoderent ( Bagi megelakkan ketiak anda berbau. Wakaka :P)
-Losyen Badan (Untuk menjaga kulit bagi perempuan. Ada ke lelaki pakai losyen?)
-Alat Solek ( Perempuan sahaja. Lelaki jangan. Haha)
-Minyak Wangi ( Belilah pewangi yang tahan lama)
-Minyak Rambut/Gel ( Oh lelaki kena ada benda ni.Nampak kacak sikit)
-Pengetip kuku/earbuds/sikat
-Tuala ( Untuk lap badan dan cover badan lepas mandi !!)

Laundry :
-Hanger ( Bawak banyak-banyak bagi sesiapa yang tak suka lipat baju. Haha)
-Hanger kecil (Untuk sidai yang dalam-dalam)
-Pengepit baju ( Beli yang saiz besar sikit)
-Sabun Basuh (Gunalah liqiud untuk menyenangkan anda)
-Baldi ( Untuk basuh baju)
-Gayung ( Kalau takda air, nak ambil air daripada baldi macammana? Haa)
-Berus ( Untuk berus baju)
-Bakul kecil ( Untuk letak shampoo, ubat gigi dll. Kan senang.)
-Bakul baju kotor/bersih ( Tak wajib)

Alat tulis :
-Testpad/Kertas Kajang (Penting untuk buat experiment & assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-A4Paper  (Penting untuk buat experiment BIOLOGY dan assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-Kalkukator Saintifik (Penting. Pakai je yang masa sekolah menengah punya)
-Buku nota panjang/pendek ( Kalau nak catat nota penting ke. Dalam buku tersusun sikit daripada tulis kat kertas)
-Pen/Pensel
-Pemadam/Liquid Paper
-Pembaris Pendek dan Panjang
-Selotep ( Untuk bunuh CHARLIE :P)
-Stapler/ubat stapler (Beli saiz kecil sudah..)
-Highlighter (Kalau nak lecture note berwarn-warni & highlight benda penting dalam lecture note)
-Gunting ( Untuk apa-apa je)
-Fail ( Beli yang boleh muatkan banyak kertas tu)
-Gam ( Kadang-kadang berguna)
-Klip kertas ( Kalau taknak kertas bersepah-sepah)
-Pembalut buku ( Tak wajib. Kalau siapa sayang buku, taknak berkedut-kedut sila beli)
-Pembalut hadiah ( Kalau nak cantikkan meja atau board anda
-Penebuk lubang (Kadang-kadang berguna)

Bilik :
-Cadar/Sarung Bantal ( Gambar kartun pun boleh. Jangan segan. And matrik TAK SEDIAKANbenda ni)
-Selimut
-Bantal Peluk
-Bantal busuk( Bawak kalau tak, tak boleh tidur nanti. Aha)
-Bantal EXTRA ( BANTAL KMPK TAK BEST)
-Alas kaki (Tak wajib)
-Tong sampah besar/kecil (Suka hati nak bawak ke tak)
-Jam loceng ( Beli yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Baru senang bangun)
-Cermin kecil ( Kalau taknak berebut cermin, bawak cermin sendiri)
-Kunci Mangga ( Prepare, ada yang akan dapat almari pakai selak je)
-Kalendar kecil (Tak wajib)
-Jarum/Benang  (Tak wajib)
-Pewangi Loker  (Tak wajib)
-Ubat nyamuk  (Tak wajib)
-Ubat gegat  (Tak wajib)
-Sticker (nak hiaskan bilik jadi cantik. HAHA. Tak wajib)
-Penyapu  (Tak wajib) 
-Kain buruk  (Tak wajib)
-Mop  (Tak wajib)
-Penyangkut kecil yang boleh lekat kat dinding (Berguna jugak kadang-kadang)
Untuk pelajar ISLAM :
-Sejadah
-Telekung
-Yassin/al-Quran (ramai yang bawak al-quran mini berserta terjemahan

Untuk perut :
-Stok makanan yang banyak ( Maggi, biskut, roti, keropok...)
-Minuman segera (Milo 3 in 1, Horlick, Nescafe, Cadbury....)
-Pinggan/Mangkuk/Cawan/Mug/Tupperware
-Sudu/Garfu
-Air mineral (Wajib. Kalau boleh beli yang besar terus)
-Thermos ( kalau malas nak turun ambik air panas. Gunalah thermos. Ambil sekali, terus simpan)
-Botol air (Tak wajib)

Kalau sakit :
-Panadol
-Eno halia atau lain-lain
-Minyak angin/Minyak Gamat
-Eyemo 
-Plaster
-Ubat-ubatan (demam, selsema, ..dll)

Gadget :
-Handphone ( Kenalah bawak kan?)
-Headphone ( Kalau bosan masa belajar, pakailah benda ni untuk dengar lagu. Tak menganggu orang lain)
-Laptop/netbook/notebook/Ipad (Tak wajib)
-Charger HP/laptop (Jangan lupa bawak pulak)
-Kamera digital/DSLR  (Tak wajib)
-Pendrive/ Hard disk ( Untuk korang exchange MOVIE. haha)
-Radio kecil/mp3 player  (Tak wajib)

Dokumen :
-Borang-borang matrikulasi suruh bawa
-Sijil-sijil  (Tak wajib sebenarnya)

TAMBAHAN :
-Meja kecil ( Memudahkan untuk buat kerja bila duduk atas lantai)
-Beg tarik/ beg kecil (nanti nak balik rumah takyah bawak beg besar-besar)

DILARANG BAWA :
-Peti Ais Kecil 
-Seterika
-Printer 
-Cerek Elektrik
-RiceCooker
-Kipas
-Extension Plug
-ROKOK/DADAH
-LIGHTER
dan lain-lain yang diharamkan bawak. 


SUMBER - BLOG KAKAK2 DAN ABANG2 yang berada di IPT. Ade juga yg ditokok tambah .


Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi | Barang-Barang keperluan yang perlu dibawa ke Matrikulasi | Barang-Barang kelengkapan yang perlu dibawa ke Matrikulasi

8 comments:

  1. tahniah syahril dpt kat matriks. thanks utk entry ni!

    ReplyDelete
  2. tahniah ya. heheee. lengkap entry nie utk masuk hostel kan. kamsis BV dibolehkn bwk seterika n extension. hahaha. :)

    ReplyDelete
  3. Asal x perlu bawak seterika?? Memang disediakan ke??

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril