About Me Order Site Map Movie

Friday, 8 February 2013

Tazkirah Jumaat #4 : Qiamullail



بسم الله الرحمن الرحيم



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Makna
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Sejarah
Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10).Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)

Hikmah
Meningkatkan keimanan individu
Meninggikan darjat disisi Allah
Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
Melatih diri menjadi insan bertakwa
Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
Melatih diri mengharap keredhaan Allah
Memberi ketenangan jiwa (emosi)
Memberi kesihatan (fizikal)
Menajamkan akal fikiran
Meneguhkan kekuatan rohani
Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .

Kelebihan
Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
Tenang hati dan fikirannya
Dimurahkan rezeki
Dihormati masyarakat
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin ,dia akan disegani

“Sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril