Hukum Menyambut Valentine Day
بسم الله الرحمن الرحيم
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat merisaukan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalendar. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ” Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, kerana ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.
p/s: So.. berdasarkan kenyataan orang-orang berilmu yang ada ini....tidak elok bagi kita sebagai umat Islam menyambutnya dan berpesta bila tiba harinya..bermacam perkara maksiat dapat dilihat dan didengar dari media massa bila tiba pada tarikh itu...maka selepas 9 bulan dari tarikh tersebut...kedengaran la berita anak yg tidak berdosa dibuang..tepuk dada tanya iman masing-masing...saya hanya mampu mengingatkan..ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian..k..salam...
“Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat
yang disebut 'Valentine Day' amat popular di seluruh dunia
tidak terkecuali di Malaysia juga.
Sejarah Disebalik Valentine
- Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
- Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
- Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Hukum Merayakan Valentine Dalam Islam
Rasulullah S.A.W telah melarang untuk mengikuti tatacara agama lain selain Islam, ertinya, ” Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut ” (HR. At-Tirmidzi).Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ” Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, kerana ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.
Video Berkaitan Hukum Valentine
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !