TV3 Terkena Virus Astro
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Cewahhh . Nampak tajuk gempak gilerr .. hahahha .. TV3 Terkena Virus Astro, Asyik Ulang Drama Yang Sama . Sejak tahun 2015, TV3 telah menambah dua slot drama televisyen, iaitu Dahlia dan Iris menjadikan slot drama dalam saluran berkenaan bertambah banyak, dengan slot Akasia, Samarinda, Lestary, Aksi, Zehra, Azalea, Telenovela, Sinetron dan Cerekarama yang sedia ada.
Pada pertengahan tahun 2016, slot Azalea yang menampilkan drama Melayu pada jam 4 petang di saluran TV3 itu dipindahkan ke TV9 dan disiarkan enam hari seminggu pada jam 8.30 malam. Pertukaran slot ini juga sama sekali telah melenyapkan slot Ratu, di TV9 yang sebelumnya berkeudara secara tidak konsisten.
2016 juga menyaksikan TV3 mengambil keputusan untuk menggilirkan siaran drama untuk empat slot tayangan perdana, iaitu Aksi, Lestary, Samarinda, dan Zehra. Ini bermaksud hanya dua slot sahaja akan bersiaran serentak, dan digantikan dengan drama baharu mewakili slot yang lain.
Apa yang paling jelas sejak 2016 hingga awal 2017 ialah, kekerapan TV3 mengulang semula tayangan drama di slot Iris, Dahlia dan Telenovela. Bhakan tempoh waktu siaran ulangan drama berkenaan itu pula tidaklah terlalu lama berbanding siaran pertama kalinya.
Misalnya, drama Abang Sado Jemur Kain (Iris), Carmela (Telenovela), dan Eksperimen Cinta (Dahlia) merupakan drama ulang tayang. Sebelum ini pun memang jelas banyak drama dan telenovela yang diulang tayang dalam slot-slot berkenaan.
Nak dikatakan atas permintaan ramai, terasa janggal. Yalah, drama seperti Abang Sado Jemur Kain tidak mendapat sambutan yang luar biasa pun. Jadi apa sebenarnya terjadi? Tak ada drama baharu? Tak ada bajet untuk produk baharu? Atau apa sebenarnya yang terjadi?
Hah, persoalan ini hanya orang yang bekerja dengan TV3 saja yang ada jawapannya. Sebagai penonton setia saluran TV3, harapnya stesen berkenaan peka dengan situasi ini dan sentiasa tampil dengan pengisian yang segar agar kredibitinya sebagai stesen nombor satu negara tidak tercalar. Cukuplah Astro saja yang memagang gelaran Raja Ulang Tayang, tak perlulah TV3 mengikutinya!
Actually aril bukanlah peminat sangat drama melayu ni, meluak je tngok . Ade certain drama je aril minat . huhuhu .
Kak Ana pun tak follow drama2 ni. Tv dekat rumah dok pasang channel cartoon je. Baru nak alih channel dah kena tukar balik. Hehe
ReplyDeletehahhahaha ... tu la kan ..
DeleteDah lama tak tengok tv.. haha.. Kalau tengok pun, tengok masa makan je, then tutup.. Drama sekarang tak menarik la..
ReplyDeletetu la . aril stuju . drama entah pape skarang ni ..
DeleteKadang2 bagus juga ulang2 tau... sbb bila sy potong que tengok cerita ngan wife sy ckp drama awak ada ulangan esok pagi... hehe... tv3 dah tak cukup bajet kot..langkah penjimatan...
ReplyDeleteouhhh . ade pro n cons la kan.. but for yg xde wife mcm aril, rasa bnda x prlu tp kita prlu fikir org lain jgk kan ..
Deletemcm2 drama skrng ni kan. hehe.. sy dh singgah dan follow sini. tq sbb follow sy :)
ReplyDeletetu la. trima kasih .. i will drop later
Deletehehe virus berjangkit namanyer, sy singgah jln2 sini
ReplyDeletetu la .. trima kasih . i will drop later on
Deletelayan juga drama tv3 ni, tapi kalau ulangtyg benda yg sama boring juga 😒
ReplyDeletetu la .. aril stuju
DeletePatutlah macam familiar he drama2 nie.. ulang tayang rupanya.. Ish.. Ish.. apa sudah jadi agaknya dengan TV3 nie ye..
ReplyDeletehahahaha . tu la ..
DeleteTV3 amalkan konsep recycle cerita :)
ReplyDeletekan ? recycle bnda sama . xde modal nk buat drama la tu
Delete