About Me Order Site Map Movie

Saturday, 4 April 2015

Helikopter Bawa Bekas Menteri Kabinet Terhempas


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


heli 1
Keadaan di lokasi nahas
Helikopter bawa bekas Menteri Kabinet Terhempas, VIP Antara Terkorban - Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang – Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.
Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Beliau juga adalah Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
Maklumat awal memberitahu bahawa sekurang-kurangnya tiga mayat dijumpai setakat ini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Dipercayai helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Menurut sumber, selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.
Turut dikatakan berada di dalam pesawat tersebut ialah seorang ahli korporat serta dua pengawal peribadi VIP terbabit.
Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang Sabtu.
“Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.
mStar Online

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril