About Me Order Site Map Movie

Wednesday, 1 April 2015

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) | GST Bermula 1 April 2015 | Senarai Barang Dikenakan Cukai GST Bermula 1 April 2015

GST baru 


KUALA LUMPUR - Bermula esok Malaysia bakal menyertai 169 negara di dunia yang telah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke arah sistem percukaian yang lebih adil dan efisien.

Dengan perkembangan itu, Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

GST mampu membantu negara mencapai lebihan bajet menjelang 2020 dengan kerajaan dijangka mengutip RM23.1 bilion hasil cukai tahun ini dan RM32 bilion hasil pada 2016.

Hasil yang diperoleh itu kemudian akan dikembalikan kepada rakyat bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat rakyat menerusi pembangunan dan penyediaan infrastruktur sosial.

Kerajaan tetap komited memastikan GST tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dengan mengecualikan GST antaranya bagi barangan makanan asas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam di samping jumlah tertentu penggunaan bekalan air dan elektrik.

Bagi membantu pengguna mengetahui senarai barangan tidak dikenakan GST atau dikenakan GST, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerbitkan enam buku panduan harga pengguna mengikut zon mengandungi senarai harga barang yang turun, kekal dan naik susulan pelaksanaan GST.

Ia boleh diperolehi secara percuma di ibu pejabat dan di pejabat KPDNKK setiap negeri atau memuat turun dari laman web http://ebook.kpdnkk.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian hotline 1-300-888-500 atau 03-8882211 untuk mendapatkan sebarang penjelasan lanjut berhubung GST.

Hanya peniaga berdaftar dengan GST berhak mengenakan cukai itu dan semakan senarai premis perniagaan tersebut boleh dibuat di laman web http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst.

Sebarang aduan pula boleh dibuat melalui hotline Jabatan Kastam atau di laman web  http://aduan.customs.gov.my atau kepada KPDNKK di talian hotline 1-800-886-800 atau 03-88826245 dan 03-88826088. - Bernama


CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) | GST Bermula 1 April 2015 | Senarai Barang Dikenakan Cukai GST Bermula 1 April 2015

1 comment:

  1. Okeh, kita kena tunggu dan kaji kesan GST ni membantu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik atau tidak. Tapi, kena tengok tahap ekonomi kita ni jugak :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril