Thursday, 4 December 2014

Malaysia Airlines MAS Bakar US$2 Juta Sehari Bawa Penumpang Kosong? Ini Berita Sebenar & Jawapan Leanne Marotta & Catharine Chin Wan!

بسم الله الرحمن الرحيم


malaysia airlines
Malaysia Airlines MAS Bakar US$2 Juta Sehari Bawa Penumpang Kosong? Ini Berita Sebenar & Jawapan Leanne Marotta & Catharine Chin Wan Ping Coombes!
Begitulah ayat berita yang keluar pada laporan berita portal Mashable. Sebelum itu, baru-baru ini penerbangan ke UK, kedua-dua flight semasa pergi dan balik penuh sahaja. Tandas pula kena beratur. Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan…. laporan berita asing yang tidak bertanggungjawab mengatakan yang kononnya Malaysia Airlines telah “jatuh terduduk” sehinggakan tiada lagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) selepas 2 tragedi yang menimpa negara sebelum ini iaitu (kehilangan pesawat MH370) dan terbaru (kapal terbang MH17 telah jatuh terhempas.)
Sampai begitu sekali? Persoalannya di mana kebenarannya?
Melampau…melampau. Laporan berita media barat nampaknya betul-betul mengambil kesempatan di atas tragedi yang menimpa Malaysia termasuk laporan berita daripada Australia dan UK sehingga sanggup melaporkan berita fitnah dan dakwaan yang dusta semata-mata dengan hanya bersandarkan gambar-gambar di bawah ini tanpa usul periksa mereka.
Atas nama tanggungjawab dan prihatin dengan tragedi yang menimpa negara Malaysia dan syarikat Malaysia Airlines (MAS), pemilik gambar-gambar di atas telah tampil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada waktu tersebut dan berasa kesal apabila gambar tersebut telah dieksplotasikan oleh laporan berita media barat termasuklah Yahoo Singapore News, New York Daily, Metro UK, Mirror UK, Mashable, Australia News dan beberapa lagi portal berita luar negara lain untuk tujuan memburukkkan nama Malaysia dan Malaysia Airlines.

Malaysia Airlines Bawa Penumpang Kosong : Ini Jawapan Catharine Chin Wan Ping Coombes & Leanne Marotta

  1. Pengakuan Catharine Chin Wan Ping Coombes : ” Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat.”
  2. Pengakuan Leanne Marotta : Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.
  3. Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat ‘check-in’ kosong. Lelaki itu menjawab, “kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)”, dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.
Jikalau laporan berita mereka ada asasnya tiada masalah, tetapi hanya fitnah semata? Apa agenda mereka sebenarnya? Bagi Berita Semada sendiri daripada mecanang “hal kelambu negara atau syarikat lain atas nama fitnah” ada baiknya media Australia contohnya semak semula syarikat penerbangan negara anda yang pernah bankrap dahulu.

Malaysia Airlines Vs Qantas Australia

  • Masih ingat lagi Ansett Australia? Tahun 2001 telah pun menutup operasi sepenuhnya
  • Selepas itu, buat pula Australia Airlines pula. Ini pun masih terkena badi yang lampau di aman pada tahun 2006 syarikat penerbangan Australia Airlines telah menutup syarikatnya
  • Kemudian, Qantas Australia yang dahulunya khusus untuk laluan antarabangsa. Dengan sejarah yang panjang, Qantas berasal daripada ‘Q.ueensland A.nd N.orthern T.erritory A.erial S.ervices’. Ini pun hampir bankrap pada tahun 2012, tetapi mereka rebrand semula menjadi Qantas tetapi “livery” masih sama juga.
  • Terbaru Qantas telah berhadapan kerugian yang cukup besar berjumlah AU$2.84 bilion(RM8.34 bilion)
P/S : Dijangka antara kalangan Berita Semasa akan menjelajah negara Eropah juga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines. No doubt setakat ini. Apa yang penting doakan selama pergi dan pulang. Apa pula pendapat anda mengenai servis dan perkhidmatan Malaysia Airlines MAS setakat ini?
KONGSIKAN & SEBARKAN...


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !