Friday, 5 December 2014

Tahukah Anda Makna Di Sebalik Warna Air Kencing ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Semasa korang membuang air kecil, pernah korang melihat apakah warna urin korang?

Tapi aku rasa, ramai yang tak ambil kisah pasal warna air kencing sendiri kan. Sampaikan bila semasa membuang air kecil terasa sakit barulah korang tetanya-tanya..Kenapa? Mengapa? Bagaimana boleh sakit nie...



Kalau korang terperasan, warna air kencing berubah-ubah setiap hari. Adakala ia jernih, adakala ia berwarna kuning dan lebih teruk lagi air kencing korang berwarna gelap atau perang dan itu adalah simptom-simptom kepada penyakit.

Warna disebalik air kencing
  • Jernih - itu menandakan badan anda menerima air melebihi dari jumlah keperluan tubuh. Ianya kurang memberi masalah kepada kesihatan.
  • Kekuningan - menandakan anda minum air putih dengan secukupnya dan anda tidak mengalami masalah dehidrasi.namun jika kuningnya agak pekat dan gelap, masa untuk anda untuk minum lebih banyak air putih.
  • Coklat - Masalah besar jika air kencing anda berwarna coklat dan keperangan kerana ini menandakan tubuh anda mengalami kekurangan air dan ianya mungkin bersangkut paut dengan masalah hati dan hempedu.rujuk doktor dengan segera.
  • Kemerahan - Ini menandakan dalam air kencing anda terdapat darah.Ada banyak penyakit bersangkut paut dengan air kencing mengandungi darah antaranya buah pinggang, batu karang dan kanser prostat.
Warna air kencing dan penyakit
  • Air kencing gelap atau perang - mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. 
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap - dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma. 
  • Air kencing kemerahan atau kelabu - mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. 
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B. 
  • merah - adalah tandanya terdapat darah di dalam air kencing, anda mungkin mengalami pendarahan atau kanser dan biasanya mereka yang berumur 40-an, hipotesis pertama yang dibuat adalah kanser pundi kencing. 
  • Warna kencing kuning gelap - biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Jadi yang terbaik, tubuh anda perlu mendapat cukup air kosong 2-3 liter sehari untuk memastikan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.

Oleh itu, jangan terlalu ambil mudah sekiranya korang melihat air kencing berwarna pelik, terus rujuk kepada doktor dan memastikan anda sentiasa sihat dan bebas dari penyakit..


Galakkan minum air 8 gelas sehari..
( ^ _ ^ )




KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !