بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online).
Syarat pemohonan
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
- Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3.
- Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Sistem pemohonan dibuka : 3 November 2014
Sistem pemohonan ditutup (dilanjutkan) : 14 November 2014
(17 November 2014)
Pautan pemohonan : https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
Cara memohon kata laluan / prosedur pemohonan
- Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 17 November 2014
- Sila bawa salinan kad pengenalan dan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR
- Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 17 November 2014
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan adalah selewat-lewatnya pada 24 November 2014
- Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !