About Me Order Site Map Movie

Monday 25 March 2013

LAHAD DATU : Pertempuran 5 Mati 2 Cedera

بسم الله الرحمن الرحيم


Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah 
di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur 
dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang 
anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, 
kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan 
menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran 
dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.
"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa 
pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh 
telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di 
sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi 
membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu 
sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," 
katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara 
Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.
Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita 
dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.






Tiada pengenalan diri ditemui.
Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi 
kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan 
ke Hospital Sandakan untuk rawatan.
Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai 
dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi 
pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.
Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak 
dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan 'Small Unit Tactic', iaitu cuba
 mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan 
keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.
"Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi 
musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan 
keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

"Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan 
memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan
 bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah 
berdekatan sekiranya tidak lagi 
mampu bertahan," katanya.
Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu 
diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan 
yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati 
dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh 
sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.
"Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi 
mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami 
yakin kumpulan 'sniper' pengganas telah dapat ditewaskan kerana
 kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak
 tepat itu," katanya. - BERNAMA


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril