About Me Order Site Map Movie

Wednesday, 25 May 2016

Bandar Mewah Terapung


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

KOS membina kapal ini mencecah RM4.7 bilion.
Kapal persiaran terbesar di dunia yang panjangnya melebihi empat padang bola sepak dan mempunyai kapasiti maksimum untuk 6,780 penumpang, berlabuh di Southampton, England Ahad lalu, untuk persiapan terakhir sebelum melakukan pelayaran sulungnya hari ini.
Sekumpulan kecil penduduk, termasuk sebahagiannya berpakaian tidur, mengalu-alukan ketibaan Harmony of the Seas apabila ia tiba awal pagi Ahad lalu.
Bagaimanapun, sepanjang beberapa hari lalu, puluhan ribu datang ke bandar pelabuhan itu, untuk melihat sendiri kapal persiaran paling besar di dunia itu, sebelum ia dibuka untuk pelanggan berbayar pertamanya.
Selepas belayar dari limbungan di Saint-Nazaire, Perancis Khamis lalu dan menghabiskan sehari sepanjang Sabtu untuk menyusuri Selat Inggeris, Harmony of the Seas belayar ke Southampton dan tiba di pelabuhannya sejurus selepas jam 6.15 pagi waktu tempatan.
Dengan lebar 66 meter, ia adalah kapal persiaran paling lebar pernah dibina sementara panjangnya yang mencecah 362 meter menjadikannya 50 meter lebih panjang berbanding ketinggian Menara Eiffel.
Harmony of the Seas yang juga digelar bandar mewah terapung mengambil masa 40 bulan untuk disiapkan dan kosnya hampir 1 bilion euro (RM4.7 bilion).
Ia dibina oleh STX France untuk Royal Caribbean Cruises Ltd (RCCL) yang berpejabat di Amerika Syarikat.
Kapal itu akan berlepas untuk pelayaran singkat hari ini ke Rotterdam di Belanda dan pada 29 Mei, berlepas ke Barcelona, tempat ia akan berpangkalan bagi 34 percutian tujuh malam di barat Meditteranean sepanjang musim panas ini.
Kapal itu kemudian dijadual belayar antara Florida dan Caribbean pada musim sejuk.
Dengan 2,100 kru dari 77 negara, bandar terapung ini memiliki tujuh ‘kejiranan,’ gelongsor setinggi 10 tingkat, 23 kolam renang, 20 dewan makan, 52 pokok, simulator luncur, khidmat robot di bar dan kasino.
HARMONY of The Seas ketika berlabuh di pelabuhan Southampton.

KAPAL ini dinobatkan sebagai kapal persiaran terbesar di dunia.

BUKAN saja ia paling lebar, panjangnya pula mengatasi ketinggian Menara Eiffel.

GELONGSOR tertinggi di laut - Ultimate Abyss.

ANTARA kawasan untuk bersantai.

HARMONY of The Seas juga dilengkap auditorium yang boleh memuatkan 1,300 orang.

ANTARA aktiviti hiburan yang disediakan untuk pengunjung sepanjang pelayaran.
-HARIAN METRO-


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:04 AM

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril