Gambar Majlis Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya terjawab apabila mereka berdua bakal bernikah pada 8 Februari depan yang akan diadakan di Pulau Pinang.
Seterusnya majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari. Manakala majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.
Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini. Saya kongsikan bersama anda beberapa keping gambar bakal pengantin.
Sementara itu, nilai tajaan untuk majlis perkahwinan pasangan ini nanti juga boleh disifatkan sebagai Wedding of the Year apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta. Perkara itu diumumkan sendiri oleh penaja yang terbabit.
“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” memetik laporan daripada BH Online.
Fuh kalaulah disedekah kepada fakir miskin 25 juta tu kan lebih baik.
ReplyDelete