About Me Order Site Map Movie

Sunday 8 November 2015

Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Live Streaming Anugerah Skrin 2015. Malam esok, 8 November akan berlangsungnya Anugerah Skrin 2015 (ASK) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung di TV3.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015
Awie dan Fara Fauzana telah dipilih untuk menjadi pengacara Majlis Anugerah Skrin 2015. Anugerah Skrin yang mula dianjurkan sejak tahun 1995 adalah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada drama-drama dan filem-filem tempatan serta para pelakon dan personaliti televisyen.



Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015
TV3 selaku penyiar rasmi akan menyiarkan secara live Anugerah Skrin 2015 pada 8 November bermula jam 9.00 malam. Live Streaming Anugerah Skrin 2015 turut akan disiarkan menerusi link live streaming di tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASK 2015
Acara karpet merah Anugerah Skrin 2015 pula akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce bermula seawal jam 7:45 malam.
Bertemakan Raikan Bintang atau Celebrating The Stars, Anugerah Skrin 2015 turut akan menampilkan persembahan-persembahan hebat dari para artis tempatan.
Keputusan Penuh dan Senarai Para Pemenang Anugerah Skrin 2015 akan kami kongsikan di Notainfo malam esok. Senarai pemenang akan dikemaskini sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015 pada 9:00 malam esok (8 November) hanya di TV3 dan tonton.com.my

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril