بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Keadaan di lokasi nahas
Helikopter bawa bekas Menteri Kabinet Terhempas, VIP Antara Terkorban - Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang – Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.
Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Beliau juga adalah Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
Dipercayai helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.
Turut dikatakan berada di dalam pesawat tersebut ialah seorang ahli korporat serta dua pengawal peribadi VIP terbabit.
Operasi menyelemat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang Sabtu.
“Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.
mStar Online