بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? : Dengan kenaikan kos sara hidup hari ini, bukan sahaja golongan bekerjaya mula menghadapi tekanan bahkan kalangan pelajar universiti dan kolej juga tidak terkecuali untuk sentiasa berjaya dengan bahang kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.
Pelajar universiti dan kolej hari ini bukan sahaja menghadapi kekurangan dana dek kerana berita yang diumumkan sendiri oleh PTPTN Malaysia mengatakan jumlah pembiayaan dan pinjaman bagi kemasukan pelajar baru bagi sesi 2015/2016 ini akan mula berkurang sebanyak 5% bagi pelajar IPTA dan 15% bagi pelajar IPTS. Ini sekaligus bakal memberikan tekanan kepada para pelajar yang sentiasa bergantung harap kepada pinjaman PTPTN bagi menampung kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya IPTS di Malaysia.
Aduan Yuran Universiti (IPTA, IPTS) Yuran Asrama Naik Lagi 2015?
Dan beberapa aduan yang mula diterima Berita Semasa yang mana kalangan pelajar sudah mula gusar dengan notis yang diterima mereka yang mana yuran universiti, yuran asraa dan yuran-yuran lain bakal naik semuanya gara-gara GST 6%?
Ini kerana walaupun pendidikan dikecualikan daripada pembayaran GST 6% tetapi kos operasi pengurusan dan pembekalan yang bakal bertambah disebalik pelaksanaan GST ini bakal menyebabkan beban kos yang naik itu akan dipulangkan semula kepada para pelajar mellaui kenaikan yuran universiti naik, yuran asrama naik dan lain-lain lagi.
Bagi Berita Semasa sendiri kegusaran kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), yuran asrama naik lagi ini berasas, kerana jikalau anda merujuk kepada laporan Berita Semasa pada 1 Disember 2014 seperti di bawah ini di mana kerajaan Malaysia telah bertindak memotong sejumlah Bajet Pendidikan pada pembentangan Bajet 2015 yang lalu ditambah pula dengan bebanan disebalik pelaksanaan GST yang bermula hari ini.
Yuran IPTA Naik 2015? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?
P/S : Tahun 2015 dan seterusnya, baik bagi pelajar baru mahupun pelajar lama haruslah mula merancang daripada awal pengurusan kewangan anda daripada mula pengajian supaya pembelajaran tidak terus terganggu dengan bebanan kewangan yang dihadapi anda kelak.
Aduan Yuran Universiti (IPTA, IPTS) Yuran Asrama Naik Lagi 2015?
Kenaikan Yuran Universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? Bersiap Sedia!
well nasihat akak sebagai orang yang pernah melalui semua ini satu ketika dulu
ReplyDeletegunakan duit pinjaman hanya untuk pelajaran bukan untuk belagak kaya
tak usah bermewah zaman ini, walau tak nafikan ada yang ikat perut
pasal GST, tak tahu nak kata apa.
reti komen bab duit tu aje =)
ok akak ! thanks for the advice.
DeleteBerita semasa 1 Disember 2015 ke 2014? :)
ReplyDelete2014 ..
Deleteeducation is a bisnes ;(
ReplyDeleteyup
Delete