Saturday, 28 February 2015

Emma Maembong Akui Tak Lagi Cintakan Zizan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


Persoalan mengenai status hubungan selebriti popular, Emma Maembong denga Zizan Razak akhirnya terjawab dalam satu sesi temuramah yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan, mStar online.

Seperti yang diketahui peminat, hubungan cinta mereka dilihat sentiasa bermasalah dan emma pula gemar meluahkan perasaan di laman sosial.

Berikut adalah beberapa soalan yang diajukan kepada Emma.

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

Emma mengakui hubungan kini hanya sebagai kawan dan tidak pernah sambung seperti didakwa Zizan.


Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Kenapa Emma jarang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas hubungan cinta tersebut?

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang.

Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Apa komen Emma terhadap gosip terbaharu bahawa Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen?

Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

Sumber: mStar online
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

HARGA SAMSUNG GALAXY S6 DAN SPESIFIKASI S6


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

HARGA SAMSUNG GALAXY S6 DAN SPESIFIKASI S6 - Samsung adalah pengeluar barangan elektronik terkamuka dunia namun pengeluaran dari prodak smartphone, samsung juga amat terkenal dan antara pengeluar smartphone atau telepon pintar tercanggih serta terbaik.
samsung galaxy s6
Selepas mengeluarkan berbagai model smartphone kategori samsung galaxy,kini samsung telah mengeluarkan model terbaru galaxynya iaitu samsung galaxy s6 yang lebih jauh canggih dari model-model smartphonenya yang terdahulu.
Dengan pengeluaran samsung galaxy s5 sahaja pada pertengahan tahun lepas iaitu tahun 2014,model itu sudah cukup menandingi telepon-telepon pintar jenama yang lain namun kali ini,samsung sekali lagi merancakkan model galaxy mereka dengan keluarnya model samsung galaxy s6.
Anda pasti tertanya-tanya dan tidak sabar lagi untuk mengerahui harga serta space atau spesifikasi samsung galaxy s6 ini bukan?.seperti pada model galaxy s5,harga pengenalannya memang cukup mahaliaitu bersesuaian dengan teknologi yang ada pada smartphone tersebut,apa tah lagi dengan harga galaxy s6 ini yang jauh lebih canggih dan berteknolgi.
Lihat gambar di bawah ini yang merupakan spesifikasi ringkas atau asas samsung galaxy s6.
spesifikasi galaxy s6
Sebenarnya,samsung galaxy s6 ini masih belum berada di pasaran sedunia apatah lagi pasaranmalaysia,namun menurut berita terkini,samsung bakal merasmikan samsung galaxy s6 pada 1 mac 2015 dan tarikh pasarannya juga turut di dedahkan pada masa itu.
Manakala harga bagi samsung galaxy s6 di malaysia pula juga masih belum di ketahui malah harga sedunia.namun satu sumber iaitu laman gadget terkini mendedahkan harga bagi samsung galaxy s6adalah dalam usd700 hingga ke usd800 dan jika di kira dalam mata wang ringgit malaysia ianya dalam anggaran rm2400 ke rm2600.
Apa yang sangat menarik dan menjadikan samsung galaxy s6 ini smartphone tercanggih buat masa kini adalah ianya fleksibel dikhabarkan s6 boleh dibengkok-bengkokan tanpa patah,selain itu,s6 juga waterfroop,classfroop dan kamewa belakang sehingga 33 mega pixel.
samsung s6
gambar samsung galaxy s6
Lihat sahaja spesifikasi samsung galaxy s6 di bawah ini.anda pasti terpegun dan tergempak seketika.adakah smartphone yang anda guna sekarang mencapai ketinggian teknologi galaxy s6?.sudah pasti tidak.. :)..
space samsung galaxy s6
samsung galaxy s6 malaysia
SUMBER - EBERITA.MY

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Senarai Top Ranking IPTA/ IPTS Terbaik 2014


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Senarai Top Ranking IPTA/ IPTS Terbaik 2014 yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) melalui Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Diciplined-Based Rating System, D-SETARA) ke atas universiti dan kolej universiti di Malaysia.

Senarai-Top-Ranking-IPTA-IPTS-Terbaik-2014

Dalam perlaksanaa D-SETARA untuk kali pertama ini, fokus diberikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran program di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi 4 disiplin pengajian berikut.
  1. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  2. Sains Kesihatan
  3. Kejuruteraan
  4. Pelancongan dan Hospitaliti
Namum data pada tahun 2011 digunakan untuk D-SETARA kali pertama ini. Satu jawatankuasa D-SETARA telah ditubuhkan, yang dianggotai oleh pakar akademik daripada IPTA dan IPTS. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Muhamad Jantan, Pengarah Bahagian Pembangunan Institusi, Universiti Sains Malaysia.

Penarafan D-SETARA dibahagikan kepada 6 tahap (Tier), iaitu dengan indikator Tier 6 sebagai tahap paling tinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang terendah (Lemah).

Senarai Top Ranking IPTA/ IPTS Terbaik 2014


Berikut adalah senarai penuh D-SETARA yang telah dikeluarkan, mungkin akan menjadi panduan berguna buat pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

1. Perubatan, Pergigian Dan Farmasi

NAMA INSTITUSI
TIER
AIMST University
4
Cyberjaya University College Of Medical Sciences
4
International Medical University
4
Monash University Sunway Campus
4
UCSI University
3
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4
Universiti Kebangsaan Malaysia
4
Universiti Malaya
5
Universiti Malaysia Sabah
4
Universiti Malaysia Sarawak
4
Universiti Putra Malaysia
4
Universiti Sains Islam Malaysia
3
Universiti Sains Malaysia
4
Universiti Teknologi Mara
4

2. Sains Kesihatan

NAMA INSTITUSI
TIER
International Medical University
5
Management & Science University
5
Open University Malaysia
3
Twintech International University College Of Technology
4
UCSI University
4
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5
Universiti Kebangsaan Malaysia
4
Universiti Malaya
5
Universiti Malaysia Sarawak
3
Universiti Putra Malaysia
4
Universiti Sains Malaysia
5
Universiti Teknologi Mara
4
Universiti Tunku Abdul Rahman
4
International Medical University
5

3. Kejuruteraan

NAMA INSTITUSI
TIER
Curtin University Of Technology Sarawak Campus
(Kini Dikenali Sebagai Curtin University, Sarawak Malaysia)
5
Kuala Lumpur Infrastructure University College
(Kini Dikenali Sebagai Infrastructure University Kuala Lumpur)
4
Monash University Sunway Campus
5
Multimedia University
5
Swinburne University Of Technology Sarawak Campus
4
The University Of Nottingham Malaysia Campus
4
UCSI University
4
Universiti Industri Selangor
4
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4
Universiti Kebangsaan Malaysia
4
Universiti Malaya
4
Universiti Malaysia Pahang
4
Universiti Malaysia Perlis
5
Universiti Malaysia Sabah
4
Universiti Malaysia Sarawak
4
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
3
Universiti Putra Malaysia
5
Universiti Sains Malaysia
5
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
4
Universiti Teknologi Malaysia
5
Universiti Teknologi Mara
5
Universiti Teknologi Petronas
5
Universiti Tenaga Nasional
5
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
4
Universiti Tunku Abdul Rahman
5

4. Pelancongan Dan Hospitaliti

NAMA INSTITUSI
TIER
Management & Science University
5
Sunway University
5
Taylor's University
6
Universiti Malaysia Sabah
3
Universiti Teknologi Mara
5
Universiti Utara Malaysia
4

Untuk perhatian, susunan nama-nama unversiti atau kolej adalah mengikut abjad, bukan ikut ranking. Untuk maklumat, anda boleh melayari laman web http://www.mqa.gov.my/



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tips Menulis Tajuk Entri Yang Mesra SEO


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Salam, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu. Kali ini aku ingin bincangkan tips menulis tajuk entri yang mesra SEO. Sebagai blogger rasanya kita kita semua sudah tahu bahawa tajuk entri adalah penting dan dikatakan salah satu elemen penting didalam teknik asas SEO On-Page. 

html-Title-tag-best-practices-SEO

Pada aku tajuk adalah seumpama wajah. Ia adalah perkara yang pertama orang akan pandang terlebih dahulu. Jadi tajuk itu semestinya perlu menarik, lawa, bergetah dan seksi. Supaya ramai orang yang akan tertarik untuk mendekati. Begitu juga dengan tajuk entri, ia sepatutnya ada daya penarik untuk orang berminat untuk klik dan baca entri yang kita tulis.

Sebagai blogger, aku rasa sudah pasti anda pernah mengalami situasi entri sudah siap tapi tiada tajuk. Sebabnya kita tak ada idea untuk berikan tajuk yang sesuai kepada entri tersebut. Jadi disini aku ada beberapa tips, yang mungkin akan sedikit membantu rakan-rakan blogger semua.

Tips Menulis Tajuk Entri Yang Mesra SEO

1. Tajuk yang memberi penerangan secara ringkas berkaitan isi entri yang ditulis - BUKAN sekadar memasukkan 'keyword' semata-mata.

2. Perlu dimasukkan keywords di dalam tajuk tersebut -  Penting untuk optimasi SEO On-Page.

3. Tajuk ditulis tidak melebihi 7 atau 8 patah perkataan dan tidah melebihi 64 atau 70 karakter huruf. Memang ada banyak pendapat berkenaan jumlah karakter dan patah perkataan ini, tapi aku rasa pedapat ini yang paling menarik untuk dipraktikkan.

4. Berikan nada sensasi pada tajuk. Ini anda boleh perhatikan pada tajuk 'Headline' suratkhabar, bagaimana mereka gunakan ayat-ayat sensasi pada tajuk berita mereka. Inilah salah satu caranya untuk menarik minat orang untuk membaca.

5. Tajuk yang ditulis perlu selari dengan isi kandungan. Jangan cuma tajuk yang gempak tapi pada isi 'habuk pun tarak', atau lebih teruk tajuk lain isinya lain.


Seni menulis tajuk ini sebenarnya menarik untuk kita dalami, sebab dalam jumlah ayat yang terhad kita perlu cari kosa kata yang tepat dan padat untuk mengambarkan dan menarik minat pembaca.

Semoga dengan sedikit perkongsi tips menulis tajuk entri blog ini memberi manfaat kepada semua, pernah tak anda menulis dan ter'publish' entri tanpa tajuk. Apa yang terjadi?


SUMBER - BLOGGER OTAI + Internet

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Bahaya Main Clash Of Clans?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Clash Of Clans (COC) antara permainan terhangat di android sekarang. Dengar khabarnya bahaya main game ni, apa yang bahaya sangat Clash Of Clans ni? Boleh membawa maut ke? 

Bahaya%2BMain%2BClash%2BOf%2BClans

Aku jawab ya, jika main COC sambil memandu kereta. Kalau main elok-elok tak ada yang bahayanya pun, yang penting jangan sampai asyik sangat sampai lupa tanggungjawab.

Itu bukan masalah game, itu masalah sikap kita yang terlalu asyik nak jaga 'village' sampai rumah tangga tak terjaga. Dari budak kecil hingga ke budak besar.

Soal asyik dengan permainan ni, bukan isu baru, sejak dari zaman P.Ramlee lagi kita sudah isu ni. Zaman dahulu kala, tak ada la game di andriod ni bagai, Dam Haji, itulah game orang zaman dulu-dulu. Maklumlah zaman tu mana ada lagi telefon Samsung lagi.

Budak-budak zaman sekarang kenal ke tak, papan dam haji ni?

Duk melepak kedai kopi, dari pagi sampai senja, duk mengadap papan dam, memang membawa bala juga tu. Dah faham sekarang, yang salah bukan game tapi sikap kita.

Terlalu pentingkan keseronokkan sementara, memang tak salah, yang jadi kesalahan apabila tanggungjawab besar kita terabai, dah duk asyik nak jaga hati memeber dekat clans aje. Kena pula laki bini main COC kan.

Itulah sikap kita yang selalunya membawa bahaya, kadang kala hidup kita rosk disebabkan diri kita sendiri. Jangan kita nak salah orang lain atau benda lain sebagai punca. Diri kita adalah musuh kita yang paling kejam.

Jadi bahaya atau tidak main Clash Of Clans atau apa sahaja game, itu sendiri boleh faham, terletak di tangan sendiri. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab aku sendiri pun layan juga game COC ni..hahaha



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tips : Teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Aku selalu dengar blogger lama cakap, jika serius nak buat blog kena belajar teknik SEO. Belajarlah walaupun sekadar teknik asas SEO bagi blog baru. 

SEO atau Search Engine Optimization. Apabila kita menggunakan teknik SEO yang betul, artikel dalam blog kita akan di'index' oleh 'search engine'. Lebih bagus jika artikel berjaya berada di muka depan search engine, kerana orang yang mencari maklumat pasti akan terpandang artikel kita terlebih dahulu berbanding artikel yang berada di 'page 2', kebarangkalian untuk orang masuk ke blog kita pun lebih tinggi.

Tujuan utama SEO adalah untuk menarik trafik masuk ke blog kita. Ambil satu contoh, jika kita buat blog perniagaan, trafik itu umpama duit, kerana kemungkinan trafik tadi akan bertukar kepada pelanggan, seterusnya dapat menghasilkan duit. Jika blog kita tiada trafik, darimana nak jual barang yang kita jual. Penting atau tidak belajar teknik SEO itu bergantung kepada diri kita sendiri.

Sebenarnya dengan menggunakan teknik SEO kita akan mendapat trafik secara berterusan daripada search engine, samaada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang mengikut 'keyword' yang kita gunakan. Apa yang aku tulis ini cuma sekadar perkongsian apa yang telah aku optimumkan untuk SEO blog aku ini. Jom kita mulakan perbincangan.

Tips Asas Teknik SEO

Secara asasnya teknik SEO terbahagi kepada dua bahagian iaitu On-page SEO dan Off-page SEO. Untuk memastikan teknik SEO kita ampuh, kedua-dua teknik ini perlu seiring, namum on-page SEO adalah yang perlu diutamakan terlebih dahulu baru off-page SEO.

Kandungan Entri Yang Berkualiti

Kandungan entri adalah segala-galanya dalam permainan SEO. Sebab itu ada perpatah orang putih yang berbunyi "Content is King".

Isi kandungan entri blog kita haruslah original, jangan suka-suka nak 'copy-paste' isi blog orang lain. Nak ciplak boleh tapi ada caranya, tapi ingat kena buat entri yang original. Jika nak ciplak juga bagi backlink atau credit dekat tuan punya entri terlebih dahulu.

Tulis tajuk entri lebih kurang 65-75 karakter sahaja, kerana jika lebih daripada itu nanti tajuk kita tidak akan dipaparkan di 'search engine'

Jumlah perkataan, ada yang cakap paling minimum sebuah entri SEO yang bagus adalah dengan menulis 300 patah perkataan atau lebih.

Masukan 'keyword' dalam entri, peratusan 'keyword' dalam setiap entri juga di ambil kira, jangan terlalu banyak jangan terlalu sedikit, formula yang mungkin boleh dipakai adalah dengan menggunakan lebih kurang 4% keyword density. Yang penting isi kandungan entri relevan dengan 'keyword' yang digunakan.

Tulis entri yang bermanfaat kepada pembaca kita, jangan suka tulis entri palsu atau cerita yang tidak benar.

Optimasi Alt Tag Pada Gambar

Penggunaan gambar dalam entri juga memberi kelebihan kepada SEO blog kita. Cuba kita lihat di Google search engine, ada halaman untuk carian gambar. Jadi disini ada juga teknik SEO untuk gambar.

Sebenarnya search engine tidak boleh 'crawl' atau mengesan gambar, namum jika kita memasukan elemen Alt Tag pada gambar, barulah search engine akan mengesan gambar kita.

optimasi_alt_tag_gambar_seo
Jadi sila masukkan juga 'keyword' pada Alt Tag gambar. Namakan gambar dengan menggunakan 'keyword' juga. Jangan biarkan title gambar anda disi dengan bermacam nama lain yang tidak ad anilai SEO lansung.

Jika anda menggunakan platfrom blogspot boleh masukkan dengan menggunakan Image Properties. Caranya Klik Pada Gambar > Klik Properties > Isi keyword serta tajuk gamabr dalam kotak yang disediakan.

Anda juga boleh edit Alt Tag secara manual dengan masuk ke HTML Mode, dan masukkan code dibawah ini untuk gambar yang ingin di optimumkan.

 <img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj5p6IvoBEKhdm7orwh9rvBdI7kFHOpJs5JcA2hozcQ3Zu1hVUrG4nytw0iceZztv9a3MX7rH431ATT8kdxkErlFBv-_zijEcqUcNWdvzuVM9ychMZiQ4IelSKjfGwVLmOHoTLgEoKRgA/s1600/blogger-lelaki.png" alt="Keyword"/>

Heading Tag

heading_tag_for_SEO
Heading Tag perlu disusun mengikut urutan yang betul bermula daripada <h1> sehingga <h6>. Kita tidak boleh melangkau susunannya, ia tidak bagus untuk SEO.

Untuk teknik SEO yang bagus, 'keyword' perlu diletakkan pada <h1>. Namum bagi pengguna blogspot, jika masih menggunakan 'default templates' Heading Tag anda masih belum di optimumkan sepenuhnya lagi.

Untuk memaksimumkan SEO, susunan Heading Tag perlu diubah menjadi seperti ini:

Homepage
<h1> - Tajuk utama blog
<h2> - Tajuk artikel/entri yang ada di homepage

Single post (entri anda)

<h1> - Tajuk Entri

<h2> - Heading dalam post anda

Dalam blogspot juga selalunya 'Title Sidebar' menggunakan Heading Tag <h2>. Untuk lebih bagus boleh diubah kepada <h4>.

Bagaimana pula cara hendak guna Heading Tag ini di dalam entri. Contohnya Heading Tag boleh disusun seperti dibawah ini:

<h1>Main Heading</h1>
<h2>Secondary Heading 1</h2>
<h3>Sub-section of the secondary heading 1</h3> 
<h2>Secondary Heading 2</h2>
<h3>Sub-section of the secondary heading 2</h3>

Membina Backlinks

Apabila bercakap soal 'Backlinks' ia sebenarnya sudah masuk di dalam topik Off-page SEO. Kerana dalam bab ini kita perlu optimumkan SEO dari luar blog kita. 

Cara paling senang untuk blogger baru adalah dalam membina Backlinks adalah dengan melakukan 'blogwalking' iaitu melawat ke blog orang lain dan meninggalkan komen serta backlink di ruangan komentar blog orang lain.

Tetapi harus di ingat jangan SPAM blog orang, tak baik. Berikanlah komentar yang membina serta bertepatan dengan entri di blog tersebut.

Setiap kali blogwalking, kalau boleh tinggalkanlah link entri sekali sekala. Lebih bagus jika kita dapat mencari blog 'DoFollow' amat berguna jika kita tinggalkan backlink bersama keyword kita dalam 'anchor text'.

membina+backlinks+untuk+seo

Setakat itu dahulu info asas teknik SEO yang perlu blogger baru faham dan tahu. Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu aku belajar dan gali jika mahu mendalami ilmu SEO ini. Anda bolehlah jga pergi ke blog blogger-blogger otai yang lain, yang lebih hebat teknik SEO mereka.

Segala tips ini pun dah banyak ada di search engine. Namum aku buat artikel tips asas teknik SEO ini untuk berikan semangat lagi kepada blogger baru supaya belajar serba sedikit pasal teknik SEO.

Jika anda ingin tahu lebih lagi tentang teknik SEO ini, aku rekemenkan anda untuk baca DUA eBook ini, iaitu :-


SUMBER - INTERNET 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot