بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Clash Of Clans (COC) antara permainan terhangat di android sekarang. Dengar khabarnya bahaya main game ni, apa yang bahaya sangat Clash Of Clans ni? Boleh membawa maut ke?
Aku jawab ya, jika main COC sambil memandu kereta. Kalau main elok-elok tak ada yang bahayanya pun, yang penting jangan sampai asyik sangat sampai lupa tanggungjawab.
Itu bukan masalah game, itu masalah sikap kita yang terlalu asyik nak jaga 'village' sampai rumah tangga tak terjaga. Dari budak kecil hingga ke budak besar.
Soal asyik dengan permainan ni, bukan isu baru, sejak dari zaman P.Ramlee lagi kita sudah isu ni. Zaman dahulu kala, tak ada la game di andriod ni bagai, Dam Haji, itulah game orang zaman dulu-dulu. Maklumlah zaman tu mana ada lagi telefon Samsung lagi.
Budak-budak zaman sekarang kenal ke tak, papan dam haji ni?
Duk melepak kedai kopi, dari pagi sampai senja, duk mengadap papan dam, memang membawa bala juga tu. Dah faham sekarang, yang salah bukan game tapi sikap kita.
Terlalu pentingkan keseronokkan sementara, memang tak salah, yang jadi kesalahan apabila tanggungjawab besar kita terabai, dah duk asyik nak jaga hati memeber dekat clans aje. Kena pula laki bini main COC kan.
Itulah sikap kita yang selalunya membawa bahaya, kadang kala hidup kita rosk disebabkan diri kita sendiri. Jangan kita nak salah orang lain atau benda lain sebagai punca. Diri kita adalah musuh kita yang paling kejam.
Jadi bahaya atau tidak main Clash Of Clans atau apa sahaja game, itu sendiri boleh faham, terletak di tangan sendiri. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab aku sendiri pun layan juga game COC ni..hahaha
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !