Saturday 31 January 2015

12 Days Of kisahamydotcom Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada semua blogger, tapi dengan syarat mesti la kene jadi follower kisahamy.com
2. Jadi Follower aienainirazali
5. Copy coding dibawah dan tinggalkan link anda di kotak komen sini ye :)

Dua (2) pemenang akan dipilih melalui random.org

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Segmen Berkenalan by : Dr. Shikin

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

KLIK BANNER UNTUK JOIN

TAG : Shadira

Ni dah update entry baru . shahril menguatkan jari untuk menaip . Demam punye pasal . Anyway, doakan shahril supaya cepat sembuh yee . Sorry saya sampaikan untuk kak LYA :(

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Peminat Virus Hentam Fazura

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Semalam, kumpulan Virus telah terkeluar dari saingan dan pentas semi final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014. 

Nampaknya Virus gagal mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Ini pertama kali buat 3 pelawak ini iaitu Zizan, Yus dan Tauke gagal mara ke final Maharaja Lawak Mega. 

Namun, peminat Virus ada yang tidak berpuas hati apabila pada pusingan pertama (tema prop), kumpulan Zero berjaya mendapat 4 bintang walhal Virus lebih baik persembahannya namun hanya mendapat 3 bintang dari Fazura. 

Ini sekaligus menyebabkan ramai pihak menuduh Fazura tidak profesional, tidak adil dan berat sebelah. 

Pengarah popular, Michael Ang juga akui perkara ini apabila memberi pendapatnya di laman twitter. 

Peminat Virus yang kecewa dilihat menghentam dan menyerang Fazura di laman sosial instagram milik pelakon wanita itu, 

Jom lihat beberapa komen di laman instagram Fazura: 

Sumber: wowberita.org 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Caliph Buskers Tertekan Popular Mendadak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Caliph Buskers me­ngakui tertekan dengan populariti mendadak yang mereka kecapi selepas muncul juara Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini. 

Vokalisnya, Khairul Azmi Mohd. Saat, menjadi popular secara mendadak juga boleh menyebabkan mereka agak keliru dan mengalami sedikit tertekan kerana perlu sentiasa membuat persembahan yang terbaik. 

“Ya memang seronok apabila dikenali tetapi terlalu mendadak, sampai kami tidak tahu hendak bermula dari mana. 

“Memang ada tekanan kerana apabila orang sudah kenal, kami kenalah buat persembahan yang lebih bagus,” katanya ketika ditemui dalam program Busking Amal dan Majlis Kesyukuran di Mat Periuk Cafe di sini, semalam. 

Persembahan khas itu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Kelab Busker Belia Malaysia (MUBC). 

Sepanjang persembahan, kumpulan tersebut mendendangkan lima buah lagu dan lagu yang mereka nyanyikan semasa AJL29, Romancinta paling mendapat perhatian kira-kira 500 penonton yang hadir. 

Sementara itu, pegawai YBUDR, Abdul Salim Putra Ahmad Shibi berkata, majlis kesyukuran turut diadakan sempena kejayaan kumpulan tersebut muncul pemenang Persembahan Terbaik AJL29. 

Menurutnya, selain berhibur, penonton turut menghulurkan derma untuk membantu golongan yang memerlukan. 

“Hasil kutipan derma dalam majlis tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi YBUDR,” katanya. 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Cerita Sebenar Di Sebalik Surat Cinta Bapa Dan Cikgu Aishah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Kini tersebar di media sosial terutamanya di Facebook tentang surat cinta bapa kepada guru anaknya berserta gambar seorang wanita cantik.
Surat nakal tersebut dan digandingkan dengan wanita jelita tentunya menjadi viral.
Sebelum ini hanya surat tersebut sahaja, yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja tersebar di aplikasi Whatsapp.
Jadilah ada seseorang yang terlebih kreatif menggandingkan dengan seorang wanita yang sememangnya ‘wujud’ dan aktif di laman Twitter dan Instagram.

Aishah_Surat_Cinta_2

Cuma digandingkan bersama, mungkin untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Ini kerana surat itu tak ditujukan kepadanya.

Wanita tersebut, Puteri Aishah binti Sulaiman, 21 tahun sememang seorang guru, guru sementara di salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dia ditugaskan mengajar subjek BI sehingga Mei 2015.
Berikut reaksi Puteri Aishah apabila ditanya tentang perkara tersebut.

Aishah_Surat_Cinta_3Aishah_Surat_Cinta_4

Puteri Aishah juga banyak berkongsi tentang aktiviti lakonan dan peragaan bersama pengikutnya dan telah tersenarai sebagai salah seorang calon untuk pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.

Kini Puteri dah makin popular, rasanya makin banyak undi yang akan diperolehinya.

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Wordless Saturday : Demam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Shahril Demam Teruk .

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

First Giveaway 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Assalamualaikum and peace upon you. ^^

First Giveaway 2015

Senarai Hadiah.

Top Refferal.
  • 1 set Beauty Product x1 by Merlyn
  • Topup RM5 x1 by Sheila
Random.
Good luck! ^_^

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Anak Awie Dedah Penipuan Terkini Rozana Misbun

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Anak Sulung Awie Dedah Penipuan Rozana Misbun, Sedia Jadi Saksi

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya dengan isteri Rozana Misbun.

Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun menceritakan pengalamannya sendiri hidup bersama Rozana Misbun.

Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)

Kenyataan Rozana Misbun

Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi utnuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.

Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha:

Kenyataan Puteri Aleeya

Untuk pengetahuan Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira. Mereka bercerai pada 16 Oktober 2006 dan dikurniakan 2 anak perempuan Puteri Aleeya dan juga Puteri Aleefa

sumber:hotlipscorner

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Kumpulan Virus Tersingkir Di Separuh Akhir MLM2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Virus Tersingkir di Separuh Akhir MLM 2014. Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh kumpulan Virus dalam aksi separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 MLM 2014. 

Kumpulan Virus gagal melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Februari depan. 

Pengumuman itu dibuat juri tetap MLM 2014 iaitu Nur Fazura pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater di sini, Jumaat malam.

Populariti kumpulan Virus tidak boleh dijadikan sandaran untuk kekal dalam pertandingan MLM 2014. 

Penyingkiran Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus telah melayakkan lima peserta lain mara ke peringkat akhir.

Lima peserta yang bakal bertanding adalah Sepahtu, Bocey, Zero dan Shiro. Manakala satu-satunya peserta solo iaitu Nabil Ahmad turut melayakkan diri ke peringkat akhir 

Pada peringkat separuh akhir, kesemua peserta perlu melakukan dua persembahan dengan tema ‘props’ dan loghat. Peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir MLM 2014.

Empat juri profesional yang mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Jalaluddin Haasan, Farah Quinn, Taufiq Batisha dan Nur Fazura. 

Sementara itu, Jalaluddin berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

Bagaimanapun katanya, persembahan Virus pada malam itu agak hambar dan bukti populariti tidak boleh dijadikan sandaran untuk menempah tiket ke final. 

“Kesemua yang mara ke pertandingan akhir adalah layak kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik dan jelas dapat dilihat kesungguhan mereka.

“Begitu juga Virus cuma kemunculan mereka hambar dan kali ini bukan rezeki mereka,” katanya. -mstar 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Friday 30 January 2015

Fathia Latiff Bengang Digosipkan Wajahnya Melecur Disebabkan Botox

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Fathia Latiff pelakon yang cukup terkenal dengan kejelitaan beliau dan menjadi pujaan ramai jejaka di luar sana. 

Lumrah kehidupan sebagai seorang selebriti tentu sekali Fathia Latiff tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi. Walaubagaimanapun, gosip kali ini agak keterlaluan dan mengundang salah faham kepada pembaca juga peminat beliau. 

Fathia Latiff menerusi laman Instagram beliau telah memuatnaik foto artikel tersebut dan meluahkan rasa bengang apabila wajah beliau didakwa melecur selepas menggunakan botox. 

Jelas teman wanita kepada aktor Aiman Hakim Redza, ia hanya sebuah foto yang diambil selepas wajahnya disolek untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 nanti. 

Sabarlah Fathia, apa yang penting kini semuanya sudah jelas. Kadang-kala mereka sengaja membuat tajuk gempak sebegini untuk menarik minat pembaca tanpa memikirkan pihak lain. 

Jadi jejaka diluar sana tidak perlu risau kerana buah hati pujaan anda ini masih lagi cun. Gitew.. 

Sumber: beautifulnara.com 

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Thursday 29 January 2015

Fazura Suka Taufik Batisah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !

Tidak mahu berselindung mengenai perasaannya terhadap Taufik Batisah, Fazura mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan penyanyi tersebut. 

Malah, Fazura juga menyatakan dia cukup selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu sambil menyifatkan Taufik seorang lelaki yang bijak. Namun, Fazura menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kenalan rapat. 

“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing. 

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” katanya. 

Selain itu, setiap kali Fazura memuat naik gambarnya bersama Taufik di Instagram, sering kali peminat mengatakan mereka memang sepadan berdua.

Apa-apa pun, kita tunggu apakah akan ada episod sambungan mengenai hubungan mereka yang bermula sebagai kenalan rapat ini. 

Sumber: rotikaya.com 