Thursday, 29 January 2015

Fazura Suka Taufik Batisah?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !



Tidak mahu berselindung mengenai perasaannya terhadap Taufik Batisah, Fazura mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan penyanyi tersebut. 

Malah, Fazura juga menyatakan dia cukup selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu sambil menyifatkan Taufik seorang lelaki yang bijak. Namun, Fazura menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kenalan rapat. 

“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing. 

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” katanya. 

Selain itu, setiap kali Fazura memuat naik gambarnya bersama Taufik di Instagram, sering kali peminat mengatakan mereka memang sepadan berdua.

Apa-apa pun, kita tunggu apakah akan ada episod sambungan mengenai hubungan mereka yang bermula sebagai kenalan rapat ini. 






Sumber: rotikaya.com 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

5 comments:

  1. Hmmmm... saya lebih suka kalau Fazura berkahwin dengan mana2 anak raja... ehhh tetap ke situ kan... hehehe

    ReplyDelete
  2. Cun nyerlah fazura ni.. suka dia seb tak hipokrit

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  3. Fazura cantik. Cepat la kawen hahaha.

    Anyway, salam singgah dari follower #908. Datang dari segmen kak mia.

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !