Terkini! Pilihan Raya Umum (PRU 13)
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini sudah mencapai kemuncaknya ekoran hari ini merupakan peluang terakhir untuk calon yang bertanding memenangi hati pengundi.
Calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) memanfaatkan tempoh yang kurang daripada 24 jam ini untuk berkempen sebelum pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab mulai jam 8 pagi esok.
Malah sebelum penamaan calon lagi, perang bendera sudah berlaku dan semakin hari, bendera serta poster semakin meriah dipasang di mana-mana.
Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati, rata-rata pengundi di Shah Alam sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab membuang undi malah sudah membuat keputusan untuk memilih parti yang mana.
Penduduk Shah Alam, Aminah Mohamad, 58, mengakui sudah bersedia untuk mengundi, esok.
“Insya-ALLAH saya sudah bersedia untuk mengundi esok. Siapa pilihan saya, itu rahsia,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Sementara itu, bekas Adun Tanjong Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, 63, yang kebetulan berada di kawasan Shah Alam pagi tadi berkata, keputusan siapa yang bakal diundi sudah lama dibuat.
“Insya-ALLAH saya akan keluar mengundi esok. Saya sudah lama saya buat keputusan. Saya akan pilih kerajaan yang membawa kebaikan kepada negara,” katanya.
Dalam pada itu, tidak ketinggalan golongan pelajar yang ditemui Sinar Harian Online, menyatakan perkara sama sambil menyifatkan siapa pilihan mereka adalah rahsia.
“Kami sudah buat keputusan untuk undi siapa. Undi itu rahsia,” kata Mohd Ibrahim, 24 dan Asad Ahmad, 23.
Perkara sama turut diakui Latifah Isa, 50, “saya sudah buat keputusan untuk undi siapa tapi itu rahsia."
Sementara itu, seorang pengundi berbangsa Cina berusia 60 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi pula memberitahu agar jangan bimbang kerana beliau akan turun mengundi esok.
“Ia sangat rahsia (sudah buat keputusan). Jangan risau, saya akan datang mengundi esok,” katanya.
Sementara penyokong BN, Dr Gina, 70, secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap parti pilihannya.
“Mesti (mendaftar). Saya sudah berusia 70 tahun dan sudah mengundi banyak kali.
“Dah tak dapat kira. Saya sudah membuat keputusan untuk mengundi siapa. Saya pilih BN,” katanya.
Mengulas perkara sama, penyokong PR turut menyatakan sokongan kepada parti pilihan mereka.
“Saya pilih PKR. Pasti. Seratus peratus,” kata Muthi Ilmalai, 64.
Ainul Bais, 38 pula berkata, “saya sudah buat keputusan. Sudah tentulah Pakatan Rakyat dan Pas.”
Sementara itu, calon kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin dan Khalid Samad masing-masing berharap agar proses pilihan raya esok berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
“Saya mengharapkan proses pengundian esok berjalan lancar. Saya cukup yakin rakyat Malaysia sangat matang dan lebih terbuka melalui proses ini cuma, kita perlu berhati-hati dengan mainan politik PR yang terdesak sekarang ini.
“Saya juga harap pembangkang bersikap lebih profesional dan menerima keputusan rakyat. Kita (BN) bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita akan terima apa jua keputusan rakyat. Ini hak mereka,” kata Zulkifli yang mewakili BN.
Khalid yang mewakili Pas pula mengingatkan agar pengundi hantu tidak mengkhianati amanat rakyat dan kepentingan negara.
“Insya-ALLAH, saya berharap semua berjalan dengan baik, lancar dan aman. Saya seru kepada pihak yang terlibat, sekiranya ada pengundi-pengundi hantu, palsu dan sebagainya, janganlah khianati amanat rakyat, kepentingan negara.”
“Kita terima dengan hati terbuka keputusan rakyat. Kalau BN kalah kali ini, insy-ALLAH dia boleh cuba lagi. Lima tahun akan datang. Selama ini PR kalah pun, kita tak adalah buat kerja yang tidak sepatutnya seperti mana yang dilakukan BN,” katanya. [Sumber]

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !